Pra menopause
Assalamualaikum maaf menganggu Dr.. saya Ina tahun ini umur saya masuk 42, tahun. Apa yang menyedihkan tahun lepas saya telah disahkan menghadapi simptom pra monopuse.. saya telah membuat 2 kali ujian hormon dan ke2,2 keputusan itu sedikit sebanyak mengganggu kehidupan seharian saya..Harini masuk 72 hari saya tidak datang haid.. kejadian ini mula saya sedar selepas bersalin anak terakhir 4 tahun lepas, saya bersalin secara czer dan terus ikat peranakan..selepas menerima suntikan cair darah saya dapati air susu semakin kering, dimana saya yg hanya dapat menyusukan anak selama sebulan sahaja berbanding 3 anak yg lain 2 tahun setengah .. suntikan cair darah yang sepatutnya diambil sebanyak 10 kali juga tidak habis hanya 8 sahaja kerana ada darah beku di luka czer.. sejak itu period saya semakin tidak teratur dan ada ketika keluar terlalu banyak.. untuk ujian hormon kali pertama di klinik, Dr menyarankan saya untuk makan pil perancang selama 3 bulan, dalam pada itu period saya o.k cuma tak boleh terlupa makan pil menyebabkan darah keluar bukan pada masa period.. kemudian saya berhenti untuk ambil pil perancang dan ke klinik lain dan ujian hormon saya tidak naik beza dari ujian pertama..dan Dr menyarankan saya makan pil hormon.. sepanjang saya makan pil hormon tersebut (sebotol) berat badan makin naik dan tidak datang terus period.. dan saya ambil keputusan untuk berhenti makan pil hormon dan berserah apa adanya.. tapi berat badan saya semakin payah untuk di kawal dan menyebabkan saya sakit lutut dan menganggu kehidupan seharian saya.. di sini saya amat2 berharap agar Dr dapat memberi pencerahan, pandangan dan tindakan apa yang perlu saya ambil agar saya dapat kehidupan yang normal semula..