Perubahan Payudara
Assalamualaikum dan salam sejahtera Dr. Saya Nurul berumur 28 tahun. Saya ingin bertanya kepada Dr berkenaan perubahan payudara. Saya ada membaca berkenaan jika pemakaian bra tidak selesa kemungkinan adalah petanda kanser. Jadi saya ingin bertanya adakah kenyataan tersebut terpakai untuk wanita dengan berat badan yang sama tetapi hanya payudara yang berubah. Atau termasuk jugak kepada wanita yang bertambah berat badan mendadak seiring dengan saiz payudara menyebabkan pemakaian bra semasa adalah tidak selesa kerana saiz badan dan payudara membesar. Jadi kenyataan tersebut yang berkaitan dengan kanser adakah wanita dengan berat badan yang tidak berubah, hanya perubahan payudara atau pertambahan berat badan seiring payudara jugak termasuk dalam kenyataan tersebut? Atau payudara membesar disebabkan penambahan berat badan adalah normal bagi fizikal sesorang wanita yang menjadi gemuk. Terima kasih Dr


















