PERIOD TAK TERATUR
Hi doktor,
Permasalahan saya adalah selepas berkahwin, period saya jadi tak teratur setiap bulan. Dalam masa yang sama saya tengah ikhtiar untuk hamil. Seawal 3 bulan berkahwin saya ada buat scan rahim dan doktor cakap saya tiada pcos mahupun cyst. Macam macam supplement saya makan macam2 cara saya cuba tapi tak lekat juga. Baru bulan ni saya cuba buat test kesuburan menggunakan OPK. Tapi, tahap kesuburan saya setiap hari tak consistent. Contoh kelmarin result negative, semalam saya test positive dan harini saya test negative semula. Saya pelik kenapa waktu subur saya positive hanya sehari ? Sedangkan ikut kalendar period chances untuk pregnant ada 6 hari and 1 hari adalah PEAK DAY .Doktor boleh tolong jelaskan sama ada saya ada symptom penyakit apa apa atau normal sahaja ?


















