PENGGUNAAN PANADOL MESTRUAL
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
saya memerlukan pandangan dari doktor.. saya berumur 30 tahun..
saya adalah penguna tegar panadol pink dari umur 20 tahun setiap kali saya period.. cuma sebelum nie pengambilan ubat tersebut hanya 2 biji 1 hari iaitu pada permulaan period saja..
semenjak umur saya 28 tahun, pengambil ubat tersebut meningkat sebanyak 4 biji dan berterusan ambil selama 2-3 hari.. kesakitan yang dialami kadang sampai membuat saya mengigil menahan sakit..
boleh saya tahu ada sebarang kebarangkalian saya menghidap kanser atau sakit yang berkaitan.. disebabkan saya hanya sakit pada waktu period saja..
saya pernah ke hospital kerajaan, tapi jawapan yang diberi hanyalah benda period normal kalau sakit..
mohon jawapan dari pihak tuan. dan terima kasih..