Cyst ovari dan fibroid
Hello selamat malam dr..saya hani sudah berkahwin dua bulan yang lalu dan berumur 30tahun..saya mahu bertanyakan untuk cyst ovari dan fibroid..baru2 ini saya telah berjumpa dr pakar puan untuk berkenaan dengan sakit di bawah abdomen saya. Selepas saya berjumpa dengan dr pakar puan, dr itu mengesahkan saya mempunyai tiga ketulan fibroid dan mempunyai cyst di belah kanan. Semasa saya datang haid, saya sering merasakan sakit yang terlalu kuat sehinggakan saya tidak dapat berjalan dan asyik membongkok untuk menahan kesakitan. Tetapi lama kelamaan sakit saya tidak berhenti sehingga saya habis period. Sakit ini saya rasakan sehingga di belakang saya sehingga menggangu aktiviti harian saya dan saya juga kerap membuang air kecil dan kadang merasakan sukar untuk membuang air besar. Saya mahu bertanyakan adakah normal yang saya rasakan sekarang ini?? Sebab sebelum ini saya sering rasa sakit ketika period sahaja..tetapi sejak dua bulan ini, saya berasa pelik sebab sakit di bawah abdomen saya tidak berhenti dan merebak ke belakang saya..adakah di sebabkan oleh cyst dan fibroid atau pun saya mempunyai masalah kesihatan yang lain..terima kasih dr..


















