Cara mengetahui darah isthihadah dan haid jika perdarahan lebih dari 5 bulan
Assalamualaikum hello doktor.
Saya mengalami sakit endometriosis dan doktor ada memberi ubat hormon untuk mengurangkan kesakitan saya semasa saya datang haid. Permulaan saya makan period saya ok tetapi selepas kali kedua saya makan ubat hormon saya mengalami pendarahan berpanjangan sehingga sekarang. Soalan saya bagaimana saya ingin mengetahui darah tersebut istihadah? Bagaimana saya ingin mengetahui darah haid jika pendarahan berpanjangan? Adakah saya perlu mengikut kitaran haid bagi menentukan bila haid saya? Saya keliru menentukan yang mana istihadah dan darah haid.


















