Gigi bungsu sakit tapi tak berlubang
Hai doktor, saya sakit gigi sudah sebulan tak hilang sakit, saya ada pergi klinik doktor cakap lubang sikit dan perlu tampal, saya pun setuju untuk tampalan. Selepas pada itu, masih rasa sakit. Selepas seminggu, saya kembali jumpa doktor untuk tanya apakah tindakan perlu buat, doktor cakap gigi saya mengembang Dan sisa masuk Celah gigi, dia cakap kena cuci gigi dan beri ubat untuk hilangkan rasa sakit. Selepas seminggu juga masih rasa sakit. Saya ambil keputusan pergi klinik lain untuk x-ray, doktor cakap gigi saya okey sahaja cuma gigi atas gigi bungsu ada lubang, doktor itu cakap perlu cabut, lubang sampai nak kena saraf. Sekarang sudah cabut tapi saya masih sakit gigi sikit la, Apa perlu saya buat ?