Bintik-bintik merah di Seluruh Badan
Hai, boleh saya tahu, adakah bintik-bintik merah di seluruh kawasan badan itu tanda HIV?
Saya pernah lakukan ujian HIV sebanyak 3x, kali terakhir selepas 6 bulan daripada risiko terdedah kepada virus HIV. Ujian tersebut menggunakan 4th generation HIV rapid test pada kali pertama dan ketiga, kali ke 2 menggunakan 3rd generation dan keputusannya adalah negatif bagi ketiga-tiga keputusan. Saya lakukan ujian pada selepas bulan pertama, selepas bulan ke 3, dan selepas bulan ke 6 daripada kali terakhir risiko terdedah.
Saya tak pernah ada demam yang berpanjangan dan hanya pernah demam sekali sahaja selama sehari selepas mendapat covid19. Tak pernah mengalami mual/muntah dalam tempoh 2 tahun ini kerana saya mula terdedah kepada risiko ini kurang daripada 2 tahun.
Saya juga tidak ada masalah berpeluh pada waktu malam. Cuma, kadangkala sahaja ada ulser di mulut. Baik dlm masa tak sampai seminggu. Mungkin kerana kekurangan air atau termakan makanan panas.
Bintik-bintik merah tidak banyak tapi ianya muncul di pelbagai kawasan seperti peha, dada, bahu, lengan, tangan. Hampir 6 bulan masih keluar bintik-bintik merah ini. Setiap hari biasanya akan muncul bintik-bintik merah yang baru dan akan hilang dalam beberapa hari. Kemudian muncul lagi bintik-bintik merah yang lain di kawasan yang berlainan. Ada bintik-bintik merah yang gatal dan ada yang tidak gatal. Tidak banyak, saya perlu mencarinya dengan teliti dan saya boleh nampak bintik-bintik merah tersebut. Bintik-bintik merah ini tidak mempunyai air dan hanya leper sahaja, kecil.
Saya pernah beli ubat di farmasi seperti sejenis serbuk detox dan meminumnya selama seminggu. Tapi, bintik-bintik merah itu masih muncul.
Adakah ini tanda HIV? Atau sekadar alergik?
Terima kasih Dr.