🔥 Diskusi Terhangat

sembelit,perut kembung pada anak

hi doc,anak saya 3 tahun lebih alami sembelit, dah pergi ke doctor dan di beri ubat lawas najis,lepastu esok nya berak keras, ok dah part 1 ni,lepas tu perut masih sakit ,memulas mungkin on off,


saya bawa ke doctor untuk kedua kali,dan di beri ubat lawas najis melalui anus,berapa saat kemudian, keluar najis sedikit lembut,


esok pagi nya still anak mengadu sakit perut..merisaukan, saya bawa ke doctor pakar kanak kanak, dan di beri ubat lawas najis sehari sekali dan ubat sakit perut/angin,


ini hari ke 2 selepas pergi ke doctor pakar,dan perut semakin kembung,dan tidak berak, perut pun masih sakit,


apa patut saya buat? sekarang kembung sangat ,lain dari hari pertama mengadu sakit tu tak kembung lagi

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
3
1
2

2 komen

Anak saya pun alami masalah yang sama. terima kasih dr atas jawapan.

2 tahun yang lepas
Suka
Balas

Terima kasih kerana bertanyakan soalan. Masalah ini semestinya memerlukan konsultasi, pemeriksaan & ujian lanjut. Tindakan anda untuk membawa anak berjumpa pakar kanak-kanak ialah tepat! Doktor pakar akan melakukan yang terbaik untuk mengenal pasti punca kepada masalah ini. Dengan informasi yang terbatas, sukar untuk kami membuat sebarang kesimpulan. Secara umum, sembelit merupakan antara punca kepada masalah ini. Baca selanjutnya di: https://hellodoktor.com/penyakit-perut-gastrousus/sembelit/masalah-sembelit-dalam-kanak-kanak/

2 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa