Rahim jatuh

Salam doktor,

Sy nk tnya bagaimna cara utk merawat rahim jatuh? Sy selalu sakit tumit teramat sgt & keluar darah.pd hari ini sy dapati ada sedikit daging terkeluar dr faraj. Bantu saya doktor.😢

0
33k
1 komen

1 komen

Salam Puan Nurul kamaliyah,


Terima Kasih atas soalan puan. Untuk pengetahuan puan, rahim jatuh tidak dapat disembuhkan dengan sendirinya, dan ia akan memburukkan keadaan dari semasa ke semasa. Rawatan oleh pakar perubatan bergantung kepada sejauh mana keterukan rahim jatuh dan sama ada puan mempunyai sebarang keadaan lain yang berkaitan.


Bagi kes-kes ringan, mereka yang mempunyai sedikit atau tiada simptom yang jelas biasanya tidak memerlukan rawatan. Berdasarkan apa yang puan gambarkan, prolaps puan sudah menjadi semakin teruk, kami nasihatkan agar puan berkunjung ke pakar obstetric dan ginekoloogi untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dengan segera. Saya doakan kesihatan dan kesejahteraan puan.

Di sini kami ingin kongsikan satu artikel lengkap yang mempunyai informasi berkaitan dengan rahim jatuh. Selamat membaca!

Rahim Jatuh: Keadaan Menjejaskan Kualiti Kehidupan Wanita

1 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa