🔥 Diskusi Terhangat

Masalah bantut dan tips untuk mengatasinya

Terbantut menunjukkan kegagalan untuk mencapai potensi genetik seseorang untuk ketinggian. Ia adalah punca langsung ketinggian yang rendah ketika dewasa dan fungsi kognitif yang suboptimum di kemudian hari. Masalah bantut adalah penanda utama kekurangan zat makanan dalam kehidupan awal (hari 1000 pertama) yang menyebabkan penumbesaran yang tidak ideal.


Terbantut mempunyai kesan jangka panjang disebabkan oleh pengangguan pertumbuhan fizikal dan penurunan dalam kognitif. Ketika mereka dewasa, mereka akan mengalami penurunan produktiviti dan risiko yang lebih tinggi terhadap penyakit degeneratif atau gangguan metabolik seperti diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi, dan penyakit kardiovaskular.


Masalah bantut kekal sebagai salah satu yang utama cabaran kesihatan awam. Namun jangan lupa bahawa para ibu bapa juga mempunyai impak yang besar dalam mengelakkan masalah bantut. Marilah kita lihat tips dan sama-sama mengatasi masalah bantut di kalangan kanak-kanak.



Tips untuk mengelakkan masalah bantut:


#1 Penyusuan eksklusif pada 1000 hari pertama kehidupan

Penyusuan yang disyorkan untuk kanak-kanak adalah eksklusif penyusuan susu ibu untuk 6 bulan pertama kehidupan dan diteruskan menyusu sehingga anak anda berusia 2 tahun.


#2 Pemberian makanan pelengkap selepas 6 bulan

Walaupun dengan penyusuan optimum kanak-kanak akan menjadi terbantut jika mereka tidak menerima kuantiti makanan pelengkap yang mencukupi selepas 6 bulan. Kajian menunjukkan bahawa pengenalan makanan pepejal (complementary feeding) tepat pada masanya adalah yang paling berkait rapat dengan kekurangan berat badan dan terbantut. Kebanyakan kejadian terbantut berlaku dalam 2 tahun pertama kehidupan; di mana kanak-kanak akan mengalami pertumbuhan yang pesat dan memerlukan kalori yang lebih tinggi terhadap nutrien untuk penumbesaran otak dan ketinggian yang optimum.


#3 Memastikan anak anda memperolehi kalori yang mencukupi

Apabila kanak-kanak membesar, keperluan kalori mereka juga akan meningkat. Kanak-kanak juga akan bertambah aktif terutamanya semasa tempoh pertumbuhan mereka, ini akan meningkatkan perbelanjaan kalori mereka. Para ibu haruslah mengisi semula tenaga harian anak anda yang hilang melalui aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dengan snek yang sihat seperti susu, yogurt dan granola. Anda juga boleh menambahkan lemak yang sihat (seperti avocado, olive oil, kekacang dan salmon) ke dalam diet anak anda untuk menambah pengambilan kalori anak anda.


#4 Memastikan Vitamin A, zink, besi, dan iodin yang mencukupi

Kebanyakan masalah bantut adalah disebabkan oleh kekurangan Vitamin A, zink, zat besi dan iodin. Memastikan anak anda memperolehi nutren melalui diet yang seimbang adalah kritikal untuk mengelakkan masalah malnutrisi. Anda boleh mendapatkan vitamin A dari makanan seperti lobal merah dan tomato, zink dari makana laut, zat besi dari daging merah dan iodin dari rumpai laut.


#5 Penjagaan kebersihan sendiri

Cirit-birit dan jangkitan merupakan salah satu sebab utama terbantut berlaku; dengan kebersihan yang tidak baik, mereka lebih terdedah untuk mendapat keracunan makanan dan cirit-birit. Cirit-birit yang kronik akan mengakibatkan mereka kehilangan nutrien dan penghidratan dan menjejaskan pertumbuhan mereka. Mencuci tangan secara tetap dan amalan kebersihan yang lebih baik boleh membantu mencegah jangkitan.


#6 Dapatkan pemeriksaan berkala

Kanak-kanak yang terbantut harus mempunyai akses kepada pemeriksaan berkala dengan doktor untuk memantau pertumbuhan mereka dan menangani sebarang masalah kesihatan yang mendasari.


Kesimpulannya, ia adalah penting untuk para ibu bapa untuk menawarkan pelbagai makanan yang padat dalam nutrien kepada kanak-kanak yang mengalami pertumbuhan terbantut dan menggalakkan mereka makan dengan lebih kerap. Jika terbantut mendesak, ibu bapa haruslah mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan.


Disediakan oleh: Sylvia Ho (pakar pemakanan)


Sumber:

Dewey KG, Begum K. Long-term consequences of stunting in early life. Matern Child Nutr. 2011 Oct;7 Suppl 3(Suppl 3):5-18. doi: 10.1111/j.1740-8709.2011.00349.x. PMID: 21929633; PMCID: PMC6860846.


Marriott BP, White A, Hadden L, Davies JC, Wallingford JC. World Health Organization (WHO) infant and young child feeding indicators: associations with growth measures in 14 low-income countries. Matern Child Nutr. 2012 Jul;8(3):354-70. doi: 10.1111/j.1740-8709.2011.00380.x. Epub 2011 Dec 16. PMID: 22171937; PMCID: PMC6860880.


Prendergast AJ, Humphrey JH. The stunting syndrome in developing countries. Paediatr Int Child Health. 2014 Nov;34(4):250-65. doi: 10.1179/2046905514Y.0000000158. Epub 2014 Oct 13. PMID: 25310000; PMCID: PMC4232245.


Sitiraihanah. Terbantut Dalam Kalangan Kanak-Kanak di Malaysia. UPM. Retrieved March 5, 2023

Masalah bantut dan tips untuk mengatasinyaMasalah bantut dan tips untuk mengatasinya
Masalah bantut dan tips untuk mengatasinyaMasalah bantut dan tips untuk mengatasinya
Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
43

0 komen

Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa