Hi doktor saya nk tnya kenapa saya kerap berak berdarah ye? Banyak darah tapi tkde luka
Masalah anak bantut
Anak saya tahun ini berusia 3 tahun 7 bulan, masalah anak saya tahap ketinggiannya tidak mencapai seiring dengan umurnya. Tinggi anak saya hanya 89cm, seperti budak berumur 2 tahun. Dia tidak mempunyai masalah makan, segala jenis sayur dan buah anak saya makan, ayam ikan telur juga makan.
Aktif seperti biasa, jarang demam. Aktiviti di kampung bebas. Tidak bermain gajet. Otaknya juga cergas, sudah mula menghafal beberapa ayat al quran, abc 123.
Perlu ke anak saya mengambil vitamin tambahan?
1 komen
Terkini
Hai, masalah bantut juga mungkin disebabkan oleh kekurangan nutrisi ibu semasa mengandung dan penyusuan eksklusif ibu yang tidak mencukupi pada 1000 hari pertama kanak-kanak ataupun faktor hereditari dan gene. Perlu diingatkan bahawa pemakanan seimbang yang terdiri daripada karbohidrat, lemak sihat dan protein adalah diperlukan untuk pertumbuhan yang sihat. Walaupun ia adalah idea yang baik untuk mengambil vitamin tambahan, tetapi anda juga lebih mengutamakan diet anak anda dari segi pemakanan. Anda juga boleh memberi lebih perhatian pada beberapa nutrien penting bagi pertumbuhan seperti protein (ayam, sumber daging dan telur), kalsium (produk tenusu), iodin (rumpai laut, kerang), zink (tiram, daging merah), zat besi (bayam, daging merah) dan Vitamin A (lobak merah, tomato).
Anda juga boleh merujuk di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang isu bantut:
https://hellodoktor.com/keibubapaan/kesihatan-anak/gangguan-perkembangan-anak/faktor-tumbesaran-terbantut/
hellodoktor.com