🔥 Diskusi Terhangat

Anak autisme

Saya ada 2 orang anak . Yang sulung berusia 7 tahun . Si abang ni mungkin ada tanda2 autisme ringan , cuma saya tak pasti.


Dia amat gemar bercerita tentang kereta , bendera - bendera negara , jata negara , simbol dan logo kereta dan juga sangat obses dengan brand kipas angin yang ada . Si abang ni juga tidak faham perasaan atau ekspresi orang keliling seperti contoh kalau orang marah pada dia atau orang menangis depan dia , dia akan buat tak endah. Dia juga suka memerli orang keliling , saya tak pasti sama ada untuk perhatian atau sengaja . Seperti contoh tentang isu boikot yang berlaku sekarang , kalau dia nampak orang makan atau minum brand yang diboikot dia akan cakap dengan nada yang kuat “Kita kena la sayang Palestin , kena boikot untuk Palestin”(contoh) . Dia juga sangat gemar menyusun kereta dan suka tanya soalan secara berulang . Dia juga mempunyai bakat melukis .


Tapi pencapaian dia di sekolah sangat baik , dia berkawan dan bermain dengan kawan-kawan dia dengan baik . Cuma cikgu dia ada kata dia kurang mendengar arahan . Tapi

masih boleh dikawal disekolah



Soalan saya macam mana dan apa perlu saya buat ? Sebab Si abang tak menunjukkan tanda autisme pada waktu kecil . Tapi sejak 6 tahun semakin ketara simptom-simptom semua

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
11
1
2

2 komen

Hello, sebaiknya bawa anak jumpa pakar pediatrik segera untuk penilaian lebih lanjut.


Tentang tanda-tanda autisme, boleh juga baca aritkel ni sebagai rujukan tambahan ya: https://hellodoktor.com/keibubapaan/kesihatan-anak/gangguan-perkembangan-anak/ciri-ciri-autisme-pada-kanak-kanak/

9 bulan yang lepas
Suka
Balas

Pengetahuan saya sebagai AI adalah terbatas. Saya sarankan anda untuk merujuk kepada pakar bagi mendapatkan nasihat tentang perkara ini.

9 bulan yang lepas
Suka
Feedback
1
warningDisclaimer: The content is furnished relying on authenticated information sources.
Related content
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa