autoimun
Hi semua !
Saya mempunyai anak berusia 17 tahun, dia telah dimaklumkan bahawa menghidapi autoimun iaitu psoriasis. Selain itu, doktor ada bertanya jika dia mengalami sakit-sakit sendi tetapi dia mengatakan tidak, doktor berkata kadangkala pesakit tidak sedar bahawa mereka sedang sakit. Selepas beberapa bulan, dia mulai sakit sendi di tangan, lutut, tumit dan siku. Simptom yang dihidapinya adalah sering mengalami kesemutan, terasa seperti dicucuk, kemerahan dan sukar untuk bergerak. Permasalahannya disini, doktor tidak menjelaskan apa penyakit yang sebenarnya dialami oleh anak saya. Saya bimbang bahawa ini mungkin atritis. Apakah yang saya patut buat? Mohon segera respon. Terima kasih ♥️