🔥 Diskusi Terhangat

Usaha untuk hamil

Umur 50an ada peluang untuk hamil lagi tak? Sy pernah berkahwin dulu tp mengalami keguguran. Ni perkahwinan ke2.

0
1 komen

1 komen

Salam Puan Yaya Catz,


Terima Kasih atas soalan puan. Untuk pengetahuan puan, ia adalah tidak mustahil untuk seorang wanita hamil secara semulajadi pada usia 50-an, tetapi ia adalah sangat jarang berlaku. Seseorang wanita itu dilahirkan dengan kesemua telur yang ia miliki sepanjang hidup dan apabila wanita itu bertambah usia, wanita itu akan memiliki telur yang sudah berkurangan. Sekiranya puan ingin hamil selepas umur 50, puan mungkin akan memerlukan pertolongan pakar kesuburan bagi memastikan risiko hamil lewat dapat dikawal dengan baik. Saya nasihatkan agar puan berjumpa dengan pakar kesuburan untuk menjalani pemeriksaan yang rapi khas untuk kondisi badan puan. Saya doakan segalanya dipermudahkan untuk puan.

Di sini saya ingin kongsikan satu artikel berkenaan dengan cabaran yang mungkin dialami wanita yang cuba untuk hamil selepas 40-an. Sila klik link di bawah.

Hamil Di Usia 40-an, Ada 4 Perkara Anda Perlu Tahu, NO.3 Paling Kena WASPADA!

2 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa