🔥 Diskusi Terhangat

Seks ketika hamil

saya pregnant 21minggu dh masuk trimester 2.. Normal ka doktor klu saya tiada nafsu langsung utk berhubungan bersama suami..

0
1 komen

1 komen

Hi Siti Zuraidah,


Sememangnya, pengalaman sepanjang tempoh kehamilan adalah berbeza dan unik untuk setiap ibu mengandung. Bagi sesetengah wanita, mereka mungkin mempunyai tahap keghairahan atau terangsang yang lebih kuat semasa hamil. Pun begitu, ada ibu hamil yang berperasaan sebaliknya. Itu semua normal.


Masalah mual, keletihan, tekanan, dan banyak perubahan fizikal yang berlaku akibat kehamilan dapat mengurangkan libido wanita hamil untuk melakukan hubungan seks. Posisi senggama yang salah semasa hamil juga turut mendorong nafsu seks semakin menurun. Takkan nak biarkan suami anda "sendirian" sepanjang kehamilan kan? Anda boleh cuba panduan ini:

https://hellodoktor.com/seks-hubungan/petua-seks/seks-semasa-hamil/

2 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa