🔥 Diskusi Terhangat

Perkembangan bayi lambat membesar dalam kandungan

Hi, dokter saya mahu tanya kenapa ya kemarin Saya scan kata doktor yang scan kandungan saya baby lambat membesar dalam kandungan ,,saya tiada penyakit apa 2 pun ,, sekarang sudah masuk 6 bulan saya tidak minum susu, bby semua ok cuma lambat perkembangan saya jadi risau😢

1
4 komen

4 komen

Hi Puan dewie6068


Terima Kasih atas soalan Puan mengenai saiz kandungan Puan.

Untuk pengetahuan Puan, terdapat banyak faktor yang boleh menyumbang kepada kelambatan tumbesaran bayi dalam kandungan, antaranya :


1.Si ibu merokok

2.Si ibu mengambil alkohol

3.Si ibu menghidap tekanan darah tinggi semasa mengandung

4.Si ibu dijangkiti jangkitan semasa mengandung

5.Si ibu mempunyai masalah kromosom

6.SI ibu menggunakan sesetengah ubatan semasa mengandung

7.Si ibu mempunyai ketinggian yang rendah dan bersaiz kecil


SIla rujuk kepada pakar obstetrik untuk mendapatkan kepastian yang spesifik mengenai saiz kandungan Puan.


Di sini kami ingin kongsikan tip pemilihan buah-buahan yang terbaik sebagai nutrien untuk membantu pertumbuhan bayi dalam kandungan yang sihat.

Sila tekan link di bawah. Terima Kasih.


7 Jenis Buah Terbaik Untuk Ibu Hamil, Kandungan Nutriennya Bantu Pertumbuhan Bayi Sihat

2 tahun yang lepas
Suka
Balas
@dewie6068

Untuk pengetahuan Puan, ibu mengandung dinasihatkan untuk minum susu setiap hari kerana ibu mengandung memerlukan nutrisi dan khasiat yang mencukupi untuk dirinya sendiri serta bayi di dalam kandungan.


Seorang ibu sedang hamil memerlukan jumlah kalsium yang tinggi. Ada kajian mengatakan bahawa ibuhamil memerlukan lebih 1000 miligram kalsium setiap hari.


Kebiasaannya keperluan ini boleh dipenuhi dengan mengamalkan pengambilan susu untuk ibu hamil.


Susu juga amat penting untuk semua golongan dewasa kerana susu dapat memperlahankan proses kerapuhan tulang atau osteoporosis. Kita semua adalah sebaik-baiknya dinasihatkan untuk minum susu setiap hari sepanjang umur.


Puan boleh baca link artikel di bawah untuk mengetahui jenis-jenis susu yang sesuai untuk ibu mengandung. Terima Kasih.


Ibu Hamil, Amalkan 7 Susu Untuk Ibu Mengandung Ini, Ia Bagus Untuk Anda & Janin!

2 tahun yang lepas
Suka
Balas
@Nurul Jamaludin

Boleh kah saya minum susu every day

2 tahun yang lepas
Suka
Balas
@Nurul Jamaludin

Terima kasih dokter

2 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa