🔥 Diskusi Terhangat

Mengandung di usia 40an

Usia saya 41 tahun, kini mengandung antara 3-4 Minggu..


Saya belum cek dengan Doctor baru cek sendiri Dan positif. Saya mengandung yang lepas d usia 38 tahun Dan mengalamii pembawakan kencing manis Dan HB yang sangat rendah. Soalan saya apakah yang perlu saya lakukan bagi mengelak di usia ini mengandungi saya tidak lagi pembawakan kencing manis dan apa cara utk saya mantain HB yang tinggi


Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
7
1
1

1 komen

Terima kasih kerana bertanyakan soalan. Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani kencing manis ketika hamil:

  • Diet yang sihat: pilih makanan yang tinggi dengan serat dan rendah lemak. Utamakan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh. Usahakan untuk mempelbagaikan jenis makanan bagi mencapai target tanpa mengabaikan rasa atau nutrisi.
  • Kekal aktif: berjalan pantas setiap hari, kayuh basikal atau bersenam 30 minit sehari. Jika anda tidak mempunyai kelapangan melakukan senaman selama 30 minit sehari, lakukan sesi senaman singkat beberapa kali sehari.
  • Turunkan berat badan sebelum kehamilan: menurunkan berat badan sebelum kehamilan dapat membantu anda menjalani kehamilan yang lebih sihat. Motivasikan diri dengan mengingati faedah jangka masa panjang jika menurunkan berat badan, seperti jantung yang lebih sihat dan menambah tenaga.


Baca Selanjutnya di:https://hellodoktor.com/kencing-manis/komplikasi-diabetes/diabetes-gestasi/

2 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa