Sakit perut atau cramp ketika hamil merupakan sesuatu yang normal. Ia mungkin berlaku disebabkan masalah sembelit atau peningkatan pengaliran darah ke kawasan rahim 🤰
Apabila usia kandungan bertambah, sebarang kesakitan pada kawasan abdomen mungkin berlaku disebabkan kontraksi Braxton Hicks atau sakit ligamen.
Namun, wanita hamil juga boleh senak perut disebabkan beberapa kondisi yang perlukan rawatan lanjut, contohnya kencing kotor, keguguran, kelahiran awal atau praeklampsia.
Jika anda risau tentang kesihatan anda, jumpa doktor secepat mungkin untuk pemeriksaan lanjut 🩺