🔥 Diskusi Terhangat

Kehamilan Ektopik

Salam doktor. Sy baru lps melakukan pembedahan kandungan ektopik pada 19.10.2021 untuk kehamilan pertama sy. Pembedahan sy menggunakan kaedah laparoskopi dan tiub sebelah kanan sy telah dibuang. Selepas 2bulan pembedahan, period sy menjadi tidak teratur. Adakah itu normal? Masihkah ad peluang untuk sy hamil semula serta waktu yang sesuai untuk sy hamil semula bg mengelakkan ektopik berlaku lg. Sekian terima kasih

0
1 komen

1 komen

Salam Puan @Yana ,


Terima kasih atas soalan puan. Untuk pengetahuan puan, period pertama selepas kandungan ektopik boleh berlaku sehingga 6 minggu dan tidak seperti period biasa puan. Period mungkin berlaku secara lebih berat atau lebih ringan dan mungkin akan lebih sakit daripada yang dijangka. Period yang seterusnya biasanya selalunya akan kembali seperti pattern period asal puan.

Para doktor mempertimbangkan bahawa satu kitaran haid yang normal berlaku antara 23 sehingga 42 hari. Sekiranya kitaran haid puan telah melebihi 42 hari, puan harus dengan segera membuat temujanji dengan pakar kesuburan untuk membincangkan secara khusus untuk keadaan puan.

Puan masih berpeluang untuk mengandung walaupun dengan hanya sebelah tiub fallopian dengan syarat keadaan diri puan dan tiub itu adalah sihat. Berdasarkan kajian, 85% wanita yang berumur 22-28 dan mempunyai satu tiub fallopian berjaya mendapatkan zuriat dalam masa 2 tahun masa percubaan, walaupun selepas kandungan ektopik.

Kami sarankan puan berhubung dengan pakar kesuburan puan untuk mendapatkan informasi yang lebih terperinci khas untuk keadaan puan.


Di sini kami ingin kongsikan satu artikel mengenai kehamilan ektopik. Sila klik link di bawah :

Kehamilan Ektopik: Adakah Anda dalam Bahaya?


2 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa