🔥 Diskusi Terhangat

Hendak hamil

Assalammualaikum saya sudah berkahwin melebihi 3 tahun tetapi belum mempunyai cahaya Mata. Boleh doktor memberi tips, dan vitamin yang berkesan supaya saya boleh membeli di farmasi? Kita ran haid saya 28.1.2022, 29.2.2022 pada bulan 3 hingga kini belum datang lagi haid. Tetapi saya sudah membuat test pada 6.4.2022 tetapi negatif. Saya mohon doktor dapat membantu. Terima kasih

0
1 komen

1 komen

Salam Puan Nur,


Terima kasih atas soalan puan. Untuk pengetahuan puan, usaha untuk hamil dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang melibatkan bahagian pihak lelaki dan juga wanita. Saya syorkan puan dan suami puan berkunjung ke pakar kesuburan untuk membuat pemeriksaan supaya puan dapat fokus kepada masalah utama puan.

Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips yang puan boleh ambil untuk meningkatkan kesuburan.


1. Merekod kitaran haid untuk monitor proses ovulasi

2. Lakukan hubungan seks setiap hari dalamtempoh ovulasi

3. Mengekalkan BMI yang optimum

4. Ambil prenatal vitamin : multivitaminyang mengandungi asid folik

5. Ambil makanan berkhasiat

6. Kurangkan senaman yang keterlaluan


Untuk pengetahuan puan, website kamimempunyai kalkulator untuk pemantauan kitaran haid dan proses ovulasi. Puan boleh gunakan link di bawah ini untuk mendapatkan tarikh jangka masa proses ovulasi khas untuk puan. Sila klik link di bawah :

Kalkulator Ovulasi Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

2 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa