🔥 Diskusi Terhangat

Haid atau hamil?

Saya berumur 23 tahun, kitaran haid saya tidak teratur utk setiap bulan, pada 16/2 ada keluar sedikit darah kecoklatan, hari kedua keluar darah coklat gelap dengan jumlah yang sederhana, hari seterusnya keluar seperti hari pertama cairan coklat dengan kuantiti yang sikit (kira kira 1 inci), keadaan ini berlangsung sehingga 5/3 bersamaan selama 18 hari. Pada 27/2 bersamaan hari ke 12 ada melakukan hubungan badan dan keluar darah, adakah keadaan sebegini dikira sebagai haid?


6/3 keluar keputihan bewarna putih dengan tekstur yang agak tebal dan sedikit seperti keju, setelah beberapa hari keluar keputihan, saya mengalami sakit dibahagian payudara, nafsu makan meningkat, sakit perut bahagian bawah dan sakit pinggang, Saya melakukan ujian kehamilan pada 10/3, 12/3, 14/3 keputusan ujian adalah negatif. Adakah simptom yang saya alami tanda akan menjelang haid atau tanda hamil?

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
6
1

1 komen

Terima kasih kerana bertanyakan soalan. Sukar untuk kami membuat sebarang kesimpulan tanpa konsultasi yang lengkap. Secara umumya, anda mungkin tidak hamil, namun, pandangan ini tidak harus dterima secara bulat-bulat dan anda harus mendapatkan konsultasi di klinik atau hospital berhampiran. Anda juga boleh baca selanjutnya di: https://hellodoktor.com/kesihatan-wanita/haid/beza-tanda-tanda-kehamilan-pms/

1 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa