Tiada Keinginan Seks

Hi, saya nak tahu adakah ia normal utk saya tiada keinginan seks, especially selepas bersalin. Sekarang saya menggunakan perancang depo dan menyusukan anak. Bila suami ajak bersama, saya akan beri sejuta alasan utk tidak bersama dan bila bersama, saya tidak rasa kepuasan/climax pun. Adakah saya perlu berjumpa dgn doktor utk further consult? Apa yg saya patut lakukan?

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
22
2
4

4 komen

Hai puan, terima kasih kerana berkongsi dengan kami.

Untuk makluman puan, terdapat pelbagai faktor perkara ini boleh terjadi dan ini termasuklah kesan sampingan perancang depo, keletihan dan lain-lain.

Puan disarankan untuk berbincang dan meluahkan kepada suami apa yang anda rasai agar persefaham boleh dicapai dalam hubungan. Dalam masa yang sama, rujuk kepada doktor untuk mengetahui cara mengatasinya termasuk penggunaan kaedah perancang yang lebih sesuai. Terima kasih.

3 tahun yang lepas
Suka
Balas

Rasanya benda ni normal tau untuk ibu lepas bersalin. Cuba untuk discuss dengan husband dulu apa yang kita rasa. Kadang sebab penat dengan anak pun boleh jadi punca takda rasa untuk seks.

3 tahun yang lepas
Suka
Balas

Saya bc online normal kalau ibu br bersalin ni takder mood nk melakukan seks selama 6-9 bln lpas melahirkan anak... btl ker doktor? libido rendah katanya...

3 tahun yang lepas
Suka
Balas

Saya rasa, lepas bersalin badan kita penat. jadi kita pun kurang keinginan nak bersama suami. itu benda yang normal. Tapi, kalau cik suami rasa mcm tak puas hati dan inginkan lebih, tapi kita still rasa mcm tak mampu nak berikan apa suami nak, tak salah untuk dapatkan nasihat doktor. Saya rasa doktor pun boleh bagi solution tertentu. Apa2pun suami isteri kena kerjasama dan saling memahami. Puan pun rehat dan pastikan badan betul2 sembuh sebelum apa-apa. Masa awal2 hamil dulu pun saya takde mood sangat. Nasib baik cik somi memahami.

3 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa
Topics not found