Period tak datang lagi tetapi dah buat upt dan keputusan adalah negatif
Hi doktor, saya dah pergi klinik untuk membuat upt untuk pengesahan tentang pertanyaan saya sebelum ni. Ujian menunjukkan saya negatif, bermakna tidak mengandung. Akan tetapi doktor di klinik mengesyorkan saya untuk membuat sekali lagi upt selepas seminggu. Adakah saya perlu menunggu seminggu lagi atau dalam 2/3 hari lagi saya dah boleh buat upt untuk pengesahan? Saya agak musykil kerana saya masih lagi tidak datang period sehingga ke hari ni. Selain dari itu, jika didapati bahwa saya benar benar tidak hamil, ada sebab lain ke kenapa period saya tak datang lagi dari kebiasaan tempoh. Minta pendapat doktor. Terima kasih

















