Mitos: Tiram mentah boleh bangkitkan nafsu lelaki
Orang kata, tiram merupakan afrodisiak yang sangat kuat. Ia mampu membangkitkan syahwat kaum Adam.
Namun, sama seperti kenyataan di atas, ini hanyalah mitos semata-mata.
Walau bagaimanapun, tiram kaya dengan zink, sejenis bahan yang dapat meningkatkan penghasilan testosteron dalam kalangan kaum Adam.
Bukan itu sahaja, tiram juga dapat menguatkan sistem imun badan, merawat demam dan juga jangkitan saluran pernafasan. Ia juga mungkin dapat mempercepatkan pemulihan luka.
Zink juga sangat bermanfaat untuk wanita berusia 40 tahun ke atas. Apabila umur kaum Hawa semakin lanjut, mereka memerlukan lebih banyak zink dalam makanan untuk mencegah degenerasi makula.
Baca juga:
Fakta: Tiram mempunyai kalori yang rendah
Saiz tiram berbeza-beza mengikut lokasi. Namun, walau dari manapun asalnya, semua tiram mempunyai kalori yang rendah.
6 tiram yang bersaiz sederhana (mentah atau dimasak) mempunyai kurang daripada 50 kalori. Sebab itulah, orang selalu makan 12 tiram sekali duduk.
Walaupun digoreng, 6 tiram bersaiz sederhana hanya mempunyai sekitar 175 kalori.
Cara makan tiram mentah dengan selamat

Kukus merupakan cara yang paling selamat untuk menghapuskan segala bakteria yang terperangkap di dalam tiram yang mentah.
Elak menggunakan lemak tidak sihat seperti mentega, majerin atau krim. Cuba masak dengan minyak zaitun atau tomato kerana dua-dua bahan ini dapat membuatkan rasa tiram lebih sedap.
Hanya makan kerang atau tiram yang terbuka selepas dimasak. Buang semua tiram yang tidak terbuka sepenuhnya. Selain itu, jangan simpan kerang atau tiram lama-lama, makan secepat mungkin!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen