Dalam masa yang sama, parasit ini akan mula membiak lantas menjadikannya lebih banyak. Apabila hosnya mula menghisap darah haiwan lain, parasit ini juga akan cuba memasuki badan haiwan yang dihisap darahnya melalui kelenjar air liurnya. Pun begitu, para saintis telah lama mengetahui bahawa kebanyakannya tidak dapat keluar daripada badan serangga ini.
Menurut pengkaji dan pengarang Andrew Laboratory, Michael Wells, walaupun ribuan parasit berada dalam kelenjar air liur serangga ini, hanya kurang daripada 10 daripadanya yang akan dipindahkan melalui gigitannya. Jadi, ini membuktikan bahawa kelenjar air liur serangga ini menghalang parasit ini daripada keluar namun belum dapat dipastikan sebabnya.
Setelah dikaji, didapati bahawa kelenjar air liur nyamuk Anopheles terdiri daripada 3 lobus yang menghasilkan air liur. Lobus-lobus ini dilindungi oleh membran dan setiap daripadanya adalah memanjang sehingga ke mulutnya. Untuk keluar, parasit mesti melalui membran pelindung, menembusi sel air liur dan kemudian berenang ke kawasan ruang kaviti dan seterusnya kepada muncung kelenjar.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen