home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Kusta: Penyakit Kulit Kronik

Kusta: Penyakit Kulit Kronik

Kusta atau leprosy adalah penyakit kulit yang telah wujud sejak zaman dahulu. Antara rekod terawal adalah sejak zaman kerajaan Mesir Purba. Pada zaman dahulu, penyakit ini menjadi sesuatu yang sangat ditakuti dan penghidapnya sering menghadapi stigma buruk daripada masyarakat.

Apakah punca penyakit kusta?

Kusta disebabkan oleh sejenis bakteria bernama Mycobacterium lepare (M. leprae). Bakteria ini menjejaskan kulit serta urat saraf. Ia merupakan sejenis bakteria yang lambat berkembang biak dan mengambil masa bertahun-tahun lamanya sebelum menghasilkan simptom ke atas pesakit.

Adakah kusta boleh berjangkit?

Antara punca ramai orang takut untuk mendekati pesakit kusta adalah bimbang akan dijangkiti penyakit tersebut. Ia sememangnya penyakit berjangkit. Namun, jangkitan daripada pesakit kepada orang yang sihat tidaklah berlaku seperti jangkitan bakteria lain.

Cara bagaimana ia boleh tersebar adalah tidak diketahui secara pasti. Apa yang pasti adalah seseorang itu perlu bersentuhan dengan cecair daripada mulut atau hidung pesakit berulang kali sebelum boleh dijangkiti bakteria M. leprae. Itu pun hanya akan berlaku jika pesakit tersebut tidak mengambil apa-apa rawatan.

Oleh itu, jangan takut untuk menyantuni pesakit kusta. Mereka juga memerlukan sokongan daripada masyarakat.

Apakah tanda dan simptom kusta?

Penyakit ini menjejaskan kulit dan urat saraf periferi. Mata dan hidung juga mungkin boleh terjejas sama.

Simptom utamanya adalah kecacatan pada kulit dalam bentuk luka atau ketulan yang tidak hilang dalam tempoh beberapa minggu atau bulan. Kecacatan tersebut berwarna pudar berbanding kulit.

Kesan pada urat saraf periferi pula menyebabkan hilang deria rasa pada tangan dan kaki serta otot menjadi lemah.

Disebabkan bakteria M. leprae berkembang biak dalam tempoh yang lambat, ia kebiasaannya mengambil masa antara 3 hingga 5 tahun sebelum simptom dan tanda tersebut dapat dilihat. Malah, ada juga mereka yang tidak mengalami sebarang simptom sehingga 20 tahun. Tempoh yang berbeza ini membuatkan doktor susah untuk menjangkakan tempoh jangkitan pesakit.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Disemak pada 11/10/2018
x