home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Adakah Virus Ebola Kekal Dalam Air Mani?

Adakah Virus Ebola Kekal Dalam Air Mani?

Pada mulanya, para saintis berfikir bahawa virus Ebola hanya kekal di dalam air mani lelaki selama beberapa bulan. Tetapi sekarang, satu kajian baru diterbitkan dalam Lancet Global Health telah mendedahkan satu fakta yang mengejutkan bahawa virus yang boleh membawa maut seperti Ebola ini sebenarnya boleh tinggal dalam air mani lebih lama daripada yang kita sangkakan.

Kajian baru

Kajian ini melihat sampel air mani dari 466 pesakit Ebola menyertai Program Saringan Kesihatan Lelaki Liberia. 38 sampel didapati positif Ebola virus sekurang-kurangnya setahun selepas pesakit pulih daripada penyakit ini. Menurut laporan itu, sebahagian besar daripada sampel adalah melebihi 40 tahun. Apa yang menghairankan, ada satu pesakit yang telah sembuh dengan sempurna selama 565 hari, namun air maninya masih mengandungi virus. Sebelum penemuan ini, majoriti bukti menyokong bahawa virus tersebut boleh didapati dalam air mani selama 3 bulan selepas pulih dari penyakit. Tetapi sekarang, kita tahu dengan pasti bahawa ia boleh bertahan lebih dari setahun.

Seks tanpa perlindungan menyebabkan kemunculan semula virus Ebola

CDC percaya bahawa kes Ebola pada bulan Mac 2015 yang lalu adalah sebenarnya hasil daripada hubungan seksual. Fakta ini selari dengan siaran berita dari banyak institusi kesihatan yang lain. Seorang wanita Liberia telah mati kerana Ebola. Namun negara tersebut masih belum menemui bukti yang jelas tentang penyakit tersebut. Potensi beliau mendapat virus tersebut adalah hubungan seksual bersama bekas pesakit Ebola yang telah sembuh, di mana air maninya didapati positif virus. Lelaki itu telah hidup dengan sihat selama 199 hari. Walaupun CDC tidak dapat memastikan sama ada virus di dalam sampel positif tersebut boleh memindahkan penyakit atau tidak, mereka masih mengesyorkan lelaki yang telah sembuh dari Ebola menggunakan kondom ketika melakukan hubungan seks.

Kesan kajian terebut terhadap masyarakat Liberia

Selain kejayaan saintifik, satu lagi sumbangan kajian tersebut adalah mungkin terhadap pendidikan seks yang selamat. 75% mangsa lelaki yang terlibat dalam kajian ini tidak menggunakan kondom sebelum itu tetapi memutuskan untuk mengamalkan seks terlindung selepas mengetahui risikonya. Kesedaran awam adalah amat penting dalam mencegah penyakit itu daripada muncul semula. Pada masa ini, sangat jelas bagaimana kita boleh menyelamatkan banyak nyawa dengan melabur ke dalam pendidikan dan kesihatan awam.

Kajian ini telah meninggalkan beberapa soalan yang tidak terjawab, seperti sama ada ubat Ebola boleh mempercepatkan proses penghapusan virus dari air mani atau tidak. Namun, ia memberikan maklumat yang penting dalam mengenali mekanisme virus tersebut, yang membantu melindungi kedua-dua, mangsa dan orang yang tersayang.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Bausch, D. & Crozier, I. (2016). The Liberia Men’s Health Screening Program for Ebola virus: win-win-win for survivor, scientist, and public health. The Lancet Global Health4(10), e672-e673. http://dx.doi.org/10.1016/s2214-109x(16)30207-8

Traces of Ebola Virus Linger Longer than Expected in Semen. https://www.cdc.gov/media/releases/2016/p0830-ebola-virus-semen.html Assessed October 31, 2016

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Disemak pada 02/05/2018
x