Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Di Malaysia, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 sudah memasuki fasa ke-4.
Berikut adalah statistik terkini kes positif COVID-19 di negara kita:
[covid_19]
Tidak dinafikan, PKP yang berlarutan ni sudah tentu akan menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat tempatan.
Banyak sektor ekonomi yang terjejas akibat urusan perniagaan yang terencat disebabkannya.
Namun, ini semua adalah 1 pengorbanan yang perlu kita lakukan untuk melawan penularan virus korona baharu ini. Jadi, tidak wajar untuk kita semua mengeluh dengan situasi yang melanda dunia kini.
Anda mungkin berminat untuk membaca:
-
PKP Fasa 4, Sambung Lagi Hingga 12 Mei, Pelajar IPT Dibenarkan Balik Kampung Ikut SOP
-
PKP Disambung BERSEBAB Untuk Perangi COVID-19, Ini 29 Langkah Cegah Virus- PASTI BERHASIL!
- Selepas PKP Berakhir, Adakah Kita Boleh Jalani Kehidupan Seperti Biasa? – Baca Ini Dulu!
Sebaliknya, lihatlah dari sudut pandang yang lebih positif. Tahukah anda bahawa PKP ini telah memberi kesan positif terhadap alam sekitar Malaysia?
Jom ikuti artikel untuk tahu mengenainya dengan lebih lanjut!
Banjaran Himalaya jelas kelihatan ekoran COVID-19?
Di sebalik pandemik COVID-19 yang sedang ganas menyerang seantero dunia, mungkin tersembunyi beberapa hikmah di sebalik kejadiannya.
Buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun, puncak gunung Himalaya yang terletak di negara India jelas kelihatan selepas tahap pencemaran udara menurun. Apakah sebabnya?
Ini adalah disebabkan oleh perintah berkurung yang dilaksanakan di negara itu. Secara tidak langsung, perintah tersebut telah menyebabkan udara lebih bersih!
Lihat sahaja perkongsian bekas pemain kriket India ini di laman sosial Twitter beliau:
Never seen Dhauladar range from my home rooftop in Jalandhar..never could imagine that’s possible..clear indication of the impact the pollution has done by us to Mother Earth ?.. this is the view pic.twitter.com/laRzP8QsZ9
— Harbhajan Turbanator (@harbhajan_singh) April 3, 2020
Menurut Laporan Lembaga Kawalan Pencemaran negara itu, kualiti udara menunjukkan prestasi yang cemerlang ketika perintah berkurung.
India Today Data Intelligence Unit juga mendapati indeks kualiti udara meningkat dengan purata 33 peratus sekitar 16 hingga 27 Mac.
Bagaimana pula dengan Malaysia?
Alam sekitar Malaysia juga sudah lebih bersih?
Bukan sahaja di India, seluruh dunia juga mengalami kesan positif terhadap perintah berkurung termasuklah tanah air tercinta kita, Malaysia.
Dalam tidak sedar, kualiti udara dan air sungai sepanjang pelaksanaan PKP yang bermula 18 Mac lalu sehingga kini terus menunjukkan corak peningkatan.
Dalam erti kata yang lebih mudah, alam sekitar kita semakin bersih.
Namun, ini bukanlah bermakna anda tidak perlu memakai topeng muka ketika berada di luar rumah ya? Ikuti panduan ini:
Ini bukan sekadar omong kosong.
Ia dapat dibuktikan dengan kenyataan Indeks Pencemaran Udara yang menyatakan bahawa kualiti udara telah meningkat sebanyak 14% di seluruh negara sepanjang PKP.
Menurut Menteri Alam Sekitar & Air Malaysia, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, ia adalah disebabkan pengurangan aktiviti pelepasan bahan cemar udara seperti asap kenderaan bermotor, pelepasan asap industri dan aktiviti pembakaran terbuka.
Bukan itu sahaja, beliau turut memaklumkan bahawa air sungai di negara kita juga sudah menjadi semakin bersih.
Daripada 29 stesen pengawasan kualiti air automatik, 8 stesen (28% daripada jumlah tersebut) menunjukkan kualiti air sungai telah bertambah baik.
Jadi, ternyatalah bahawaPKP yang dibuat untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 ini juga sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam memelihara dan memulihara alam sekitar Malaysia.
Inginkan lagi berita baik? Patuhi PKP!
Ya, memang benar ini adalah tempoh yang sukar buat kita semua. Tiada siapa yang mahu perkara ini berlaku.
Namun, ketahuilah bahawa apa yang terjadi itu pasti ada hikmah di sebaliknya.
Artikel berkaitan: