Penguatkuasaan Larangan Merokok, Kemenangan Bagi Perokok Pasif

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kenyataan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung larangan merokok di semua restoran dan premis makanan yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2019 mungkin menjadi satu pembelaan bagi golong perokok pasif atau sesiapa sahaja yang kurang menyenangkan dengan aktiviti itu.

Seperti kebanyakan sedia maklum, selain kawasan seperti tempat awam dan bangunan kerajaan, arahan larangan merokok kali ini melibatkan semua restoran dan premis perniagaan termasuk warung makanan di tepi jalan.

Menurut laporan Berita Harian, Dr Lee Boon Chye berkata cadangan berkenaan sudah diluluskan di peringkat Parlimen dan akan berkuatkuasa pada tahun hadapan. Larangan merokok kali ini melibatkan semua restoran sama ada restoran tertutup, berhawa dingin atau restoran dan warung berkonsep terbuka perlu mematuhi arahan itu bermula tahun depan.

Seiring dengan larangan itu, walaupun mungkin menerima reaksi negatif golongan perokok dan pemilik restoran, tindakan akan diambil terhadap perokok dan juga pemilik restoran yang tidak mematuhi peraturan terbabit mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan hasil Tembakau 2004 di bawah Akta Makanan 1983 (Akta 324).

Etika Merokok: Hormati Golongan Tidak Merokok

Bau asap membuatkan orang lain di sekitar anda yang tidak merokok berasa tidak selesa. Jika seseorang ingin merokok, mereka seharusnya pergi ke kawasan khas atau peribadi supaya tidak menjejaskan orang lain. Ini kerana apabila seseorang keluar merokok atau merokok di restoran, asap rokok boleh membahayakan orang lain.

Malah, jika anda seorang perokok, anda mungkin menyedari bahawa terdapat peraturan etika merokok di khalayak ramai yang telah lama dikeluarkan.

Di Malaysia, umumnya sudah mengetahui mengenai larangan merokok di beberapa ruang awam, termasuk hospital, lapangan terbang, tandas awam, premis kerajaan, kafe internet dan premis kerajaan.

Di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017, sesiapa yang merokok di kawasan larangan boleh dikenakan denda RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun.

Aktivit merokok di tempat awam bukan sahaja melanggar undang-undang tetapi juga menimbulkan ketikdakselesaan kepada orang lain yang tidak merokok. Mereka mungkin keberatan untuk menegur anda, tetapi perlu ada sikap saling menghormati bagi memastikan kesejahteraan bersama ketika berada di tempat awam.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ganjaran Segera Berhenti Merokok

    Jika anda telah memutuskan untuk berhenti merokok, anda akan menjangkakan simptomnya. Bagaimanapun, pada masa yang sama, anda akan merasakan sesuatu yang lain akibat kegelisahan dan kerengsaan. Berikut adalah beberapa ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Berhenti Merokok 24/12/2018 . 2 minit bacaan

    Bagaimana Merokok Memberi Kesan Terhadap Kesihatan?

    Merokok secara seriusnya boleh menjejaskan kesihatan anda. Hampir semua organ badan yang terjejas oleh merokok. Menurut WHO, tembakau membunuh sehingga separuh daripada penggunanya, iaitu kira-kira 6 juta orang ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Berhenti Merokok 27/04/2018 . 3 minit bacaan

    6 Mitos Mengenai Merokok

    Terdapat banyak sebab mengapa seseorang mungkin mula merokok. Walaupun ramai mahu berhenti, mereka enggan berbuat demikian kerana banyak mitos mengenai berhenti merokok. Untuk membantu anda berhenti merokok, di ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Berhenti Merokok 20/04/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    masalah pernafasan

    Jangan Ingat Perokok Saja Yang Kena Masalah Pernafasan COPD, Yang Tak Merokok Juga Berisiko!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
    perokok pasif

    Husband Perokok Jangan Pelik Kalau Isteri Masih Tak ‘Lekat’ Lagi, Anda Mungkin Penyebabnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan
    bahaya merokok

    Denda 10 Ribu Jika Kantoi Merokok Di Kedai Makan – Menteri Kesihatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 15/11/2019 . 2 minit bacaan
    perokok pasif

    Perokok Pasif dan Risiko Tekanan Darah Tinggi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 06/05/2019 . 3 minit bacaan