backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

3

Tanya Doktor
Simpan

Kurang Tak Boleh, Lebih Pun Bahaya, Ini Kesan Jika Anda Terlebih Minum Air Kosong!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/01/2024

    Kurang Tak Boleh, Lebih Pun Bahaya, Ini Kesan Jika Anda Terlebih Minum Air Kosong!

    Seperti mana yang kita semua telah dididik dan diajar sejak kecil lagi, sudah menjadi kebiasaan orang tua-tua berpesan tentang kelebihan minum air kosong.

    Ini mungkin disebabkan ingin berpandukan kepada saranan doktor iaitu kena minum air kosong 8 gelas sehari!1

    Pun begitu, pernahkah kalian terfikir dan tertanya tentang apa yang akan berlaku jika terlebih minum air kosong?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Urologi, anda boleh klik di sini.

    Kelebihan minum air kosong sekitar 8 gelas sehari

    Setiap hidupan di muka bumi ini memerlukan air untuk terus hidup, begitu juga makhluk yang bernama manusia.2

    Setiap sel, tisu dan organ di dalam tubuh badan kita semua memerlukan air untuk berfungsi dengan baik, contohnya seperti di bawah:2

    • Memastikan suhu badan kekal normal
    • Melincirkan sendi dan tulang badan
    • Menyingkirkan bahan buangan melalui peluh, kencing dan najis
    • Melindungi tisu yang sensitif

    Sekiranya anda kekurangan air, akan berlaku masalah dehidrasi – keadaan di mana tubuh badan anda tidak mampu berfungsi secara normal.3

    Menurut kajian yang dijalankan oleh The U.S. National Academies of Sciences, Engineering, and Medicine, jumlah pengambilan air yang sewajarnya adalah seperti berikut:4

    • Sekitar 15.5 cawan (3.7 liter) air untuk lelaki
    • Sekitar 11.5 cawan (2.7 liter) air untuk wanita
    kelebihan minum air kosong
    Panduan mengambil air kosong setiap hari.

    Apa yang anda perlu ingat, rekomendasi ini bukan hanya untuk air putih sahaja. Ini kerana jika kalian minum air kosong dengan jumlah yang disarankan bersama minuman lain, sudah tentu kuantiti akan menjadi berlebihan, justeru ia tidak disarankan.4

    Ketahuilah bahawa air-air ini boleh datang daripada air lain selain air kosong, malah juga melalui pengambilan makanan.

    Sebenarnya, 20% daripada pengambilan air datangnya daripada makanan dan 80% lagi daripada minuman.

    Kelebihan minum air kosong untuk kulit!

    Dalam pada itu, anda juga perlu lebih peka dengan kelebihan minum air kosong atau air putih. Sekiranya anda memilih air mineral yang biasa, mungkin impaknya tidak begitu besar untuk kesihatan kulit anda.

    Sebaliknya, air mineral yang kaya dengan silika mampu memberi manfaat besar kepada kulit individu. Ini kerana ia mampu merangsang penghasilan kolagen selain memperbaiki kulit dari dalam.5

    Maka, anda yang inginkan kulit sihat dan cantik digalakkan untuk banyak minum air mineral yang tinggi kadar silika!5

    Tidak perlu pening kepala kerana sudah ada produk seperti ini di pasaran. Contohnya, air mineral keluaran Spritzer yang mengandungi 60mg/L kandungan silika yang bagus untuk kesihatan kulit anda.

    apa itu silika

    Bagaimana jika terkurang atau terlebih minum air?

    Jadi, adakah 8 gelas air sehari ini adalah ideal untuk kita mendapat kelebihan minum air kosong? Ya, ia merupakan satu jumlah yang sangat ideal dan wajar diikuti oleh kita semua!

    Pun begitu, ia juga sangat bergantung kepada individu kerana minum air ikut berat badan itu penting. Sila rujuk doktor jika kurang pasti tentangnya.1

    Kesan terkurang minum air ikut berat badan

    Tentu sahaja kesannya adalah kita akan mengalami dehidrasi – keadaan tubuh badan tidak mampu berfungsi sepenuhnya jika kekurangan air.3

    kelebihan minum air kosong
    Petanda dehidrasi.

    Ia akan menyebabkan tubuh badan kita terasa lemah, lesu, letih dan tidak bermaya serta akan mengakibatkan beberapa kesan sampingan seperti berikut:2

    Sekiranya ia terjadi kepada anda, rawatannya mudah sahaja iaitu untuk memperbanyakkan minum air kosong atau minuman lain terutamanya yang membekalkan elektrolit dan garam.

    Untuk mengelakkan ia berlaku kepada anda, maka adalah wajar untuk kalian cuba amalkan minum air putih iaitu 8 gelas sehari sesuai dengan saranan pakar.1

    Benar, memang banyak kelebihan minum air kosong kepada individu. Namun, bagaimana pula jika mengambil minuman berlebihan?

    Bahaya terlebih minum air ikut berat badan

    Sekiranya kalian terlebih minum air kosong atau sebarang jenis minuman, anda mungkin akan mengalami fasa terlebih hidrasi.

    Keadaan yang lebih dikenali sebagai overhydration ini mungkin akan menyebabkan anda mengalami keracunan air kerana amaun elektrolit serta garam yang keluar terlalu banyak.6

    Ini seterusnya akan membawa kepada satu keadaan yang dikenali sebagai hyponatremia di mana elektrolit dan garam dalam tubuh badan menjadi sangat sedikit.6

    Akibatnya, ia mungkin boleh membawa maut jika masalah ini tidak dirawat dengan kadar segera! Kenapa?

    kelebihan minum air kosong
    Risiko sakit buah pinggang jika kurang minum air kosong.

    Buah pinggang akan terjejas jika terlebih minum

    Buat anda yang terfikir dan tertanya mengapa kondisi ini adalah berbahaya, ia ada kaitan dengan fungsi organ buah pinggang anda.

    Apabila kandungan air dalam tubuh badan terlalu banyak, fungsi buah pinggang mungkin akan terganggu dan air tidak mampu dibuang sepenuhnya.7

    Jika air tidak mampu dibuang sepenuhnya, maka kandungan elektrolit dan garam pula yang akan terkeluar daripada tubuh badan.

    Antara simptom yang boleh berlaku sekiranya kalian terlebih banyak minum air putih adalah seperti berikut:6

    • Mual-mual
    • Muntah-muntah
    • Pening kepala
    • Lemah otot
    • Sawan
    • Koma
    • Kematian

    Jadi, sila berhati-hati dengan pengambilan air anda agar tidak terlalu kurang atau terlalu lebih ya?7

    Konklusinya, ada banyak kelebihan minum air kosong terutama yang kaya dengan silika seperti air mineral Spritzer namun kuantitinya haruslah bersesuaian. Berpada-padalah dalam pengambilan sesuatu.

    Ikutlah panduan yang telah disyorkan oleh pakar iaitu sekitar 8 gelas air sehari

    #MenyerlahkanKulitDariDalaman

    Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang minuman mineral yang kaya dengan silika.

    Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang minuman mineral bersilika oleh SPRITZER

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan