Ingin tahu cara mencegah sakit buah pinggang? Ini kami kongsikan tujuh tip penting bagaimanakah cara menjaga buah pinggang yang betul.
Lihat tip yang kami sediakan di bawah ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkan di sini.
Kenapa anda kena tahu cara mencegah sakit buah pinggang?
Hampir semua individu dilahirkan dengan mempunyai dua buah pinggang.
Namun, jika satu buah pinggang dikeluarkan, tubuh badan kita hanya kehilangan 25% daripada fungsi buah pinggang tersebut.
Manusia masih boleh meneruskan kehidupan walau dengan hanya satu buah pinggang.
Namun, anda juga perlu tahu bahawa buah pinggang adalah antara organ yang paling sukar untuk diganti jika berlaku kerosakan.
Sisa toksin yang ditapis daripada darah akan dikeluarkan dalam bentuk air kencing.
Sekiranya buah pinggang gagal berfungsi dengan baik, kesemua toksin yang berbahaya akan berkumpul dalam tubuh badan dan tidak dapat dikeluarkan.
Ikut cara mencegah sakit buah pinggang ini
Ada beberapa cara menjaga buah pinggang yang boleh anda amalkan setiap hari untuk memastikan kesejahteraan buah pinggang anda.
Cara-cara tersebut adalah seperti berikut:
Cara mencegah sakit buah pinggang 1: Kekalkan hidrasi tubuh badan
Ini bermakna, anda perlu memastikan tubuh anda mendapat bekalan air yang mencukupi.
Jika anda berasa dahaga, terus minum air dan jangan biarkan tubuh anda kekurangan air.
Namun, jangan sesekali minum air secara berlebihan.
Ini kerana ia bukan sahaja tidak terbukti membantu fungsi buah pinggang, malah berpotensi menyebabkan kesan negatif terhadapnya.
#2: Kerap bersenam
Tidak dinafikan, aktiviti senaman sememangnya memberikan kesan positif kepada tubuh badan termasuklah buah pinggang anda.
Senaman dapat membantu mengurangkan berat badan dan mengawal tekanan darah tinggi.
Dengan itu, ia dapat mengurangkan beban kepada buah pinggang anda untuk bekerja dengan lebih kuat.
#3: Berhenti merokok
Bukan hanya merokok, tetapi segala jenis tabiat penggunaan nikotin dan tembakau seperti shisha, cerut mahupun vape perlu dihentikan.
Merokok boleh merosakkan salur darah anda.
Apabila salur darah menjadi rosak, ia akan mengurangkan aliran darah ke bahagian buah pinggang.
Fakta
Oleh itu, hentikan tabiat merokok anda bagi memelihara kesihatan buah pinggang.
Cara menjaga buah pinggang 4: Ambil makanan sihat
Kebanyakan daripada masalah buah pinggang yang berlaku berpunca daripada keadaan penyakit lain seperti tekanan darah tinggi dan juga kencing manis.
Penyakit-penyakit ini pula berpunca daripada tabiat pemakanan yang buruk dan tidak terjaga.
Jika anda mahu menjaga kesihatan buah pinggang anda, elakkan makanan-makanan yang tidak sihat seperti:
- tinggi kandungan lemak
- tinggi gula
- tinggi garam
#5: Kawal pengambilan ubat tanpa preskripsi
Ubat-ubatan tanpa preskripsi seperti ibuprofen dan naproxen perlu dikawal pengambilannya.
Ini kerana, pengambilan ubat-ubatan jenis ini dengan kerap boleh merosakkan fungsi buah pinggang.
#6: Kawal pengambilan vitamin, suplemen atau ubatan tradisional
Pengambilan sesetengah suplemen atau vitamin secara berlebihan boleh mengganggu dan berbahaya kepada buah pinggang anda.
Kurangkan pengambilan jenis-jenis suplemen dan vitamin tertentu untuk mengelakkan kerosakan buah pinggang.
Cara cegah masalah buah pinggang 7: Lakukan pemeriksaan jika berisiko
Jika anda ada menghidap penyakit tertentu seperti tekanan darah tinggi, kencing manis atau penyakit jantung, anda dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan buah pinggang juga.
Ini untuk melihat sekiranya buah pinggang anda turut sama terjejas atau tidak.
Kini anda telah mengetahui tujuh cara mencegah sakit buah pinggang.