backup og meta

Air Kencing Berbuih, Normal Ke? Ini Punca & Simptom Anda Kena Perhatikan

Air Kencing Berbuih, Normal Ke? Ini Punca & Simptom Anda Kena Perhatikan

Ada sesetengah individu yang berasa risau apabila melihat air kencing mereka menjadi agak berbuih ketika membuang air. Malah, ada yang bertanya contoh kencing berbuih normal atau warna contoh kencing berbuih normal untuk mendapatkan kepastian. Kami terangkan di sini apakah punca kencing berbuih, sama ada ia normal atau pun tidak. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Urologi, anda boleh klik di sini.

Apakah simptom yang boleh berlaku seiring dengan contoh kencing berbuih normal?

contoh kencing berbuih normal
Air kencing berbuih.

Air kencing boleh menjadi berbuih sekali-sekala. Ini biasanya disebabkan oleh kelajuan aliran air kencing sewaktu anda membuangnya ke dalam mangkuk tandas.

Air kencing yang berbuih lebih berkemungkinan menjadi tanda penyakit jika ia kerap berlaku atau bertambah teruk dari semasa ke semasa.

Jika air kencing anda berbuih, lihat kepada simptom-simptom lain juga.

Gejala-gejala yang berlaku serentak dengan kencing berbuih, yang menjadi tanda masalah kesihatan ialah:

  • Badan berasa lemah
  • Berasa loya
  • Sukar untuk tidur malam
  • Air kencing berwarna gelap atau menjadi keruh
  • Jika anda seorang lelaki, anda mungkin tidak mengeluarkan atau hanya mengeluarkan sedikit air mani ketika orgasme
  • Jika anda seorang lelaki, anda juga mungkin mengalami masalah tidak subur
  • Bengkak pada kaki, tangan, muka dan badan yang mungkin menunjukkan tanda pengumpulan cecair dalam badan disebabkan oleh masalah buah pinggang
  • Hilang selera makan
  • Muntah-muntah
  • Perubahan pada jumlah air kencing yang dikeluarkan

Apakah punca kencing berbuih?

air kencing yang normal
Kesan air kencing berbuih.

Anda ingin tahu apakah contoh kencing berbuih normal? Punca air kencing menjadi berbuih yang paling jelas adalah disebabkan kelajuan air kencing anda sendiri.

Sama seperti air menjadi berbuih apabila keluar dari paip dengan cepat, air kencing juga akan menjadi berbuih jika terkena mangkuk tandas dengan cepat. Namun, buih ini akan menghilang dengan pantas.

Kadangkala, air kencing juga boleh berbuih apabila ia terlalu pekat. Air kencing anda lebih pekat jika anda tidak meminum banyak air seperti yang sepatutnya atau anda mengalami dehidrasi.

Air kencing berbuih sedikit juga boleh menunjukkan bahawa anda mempunyai terlalu banyak kandungan protein seperti albumin, dalam air kencing anda.

Protein dalam air kencing anda bertindak balas dengan udara untuk menghasilkan buih. Biasanya, buah pinggang anda menapis air yang berlebihan dan bahan buangan daripada darah ke dalam air kencing anda.

Protein dan bahan penting lain yang diperlukan oleh badan anda terlalu besar untuk melalui penapis buah pinggang, jadi ia kekal dalam aliran darah anda.

Tetapi apabila buah pinggang anda rosak, ia tidak menapis air dengan baik.

Buah pinggang yang rosak akan membenarkan terlalu banyak protein meresap ke dalam air kencing dan ini dipanggil sebagai proteinuria.

Ia adalah tanda penyakit buah pinggang kronik atau kerosakan buah pinggang peringkat akhir.

Selain itu, punca air kencing menjadi berbuih lain yang jarang berlaku ialah ejakulasi retrograde, iaitu keadaan yang berlaku pada lelaki apabila air mani kembali ke dalam pundi kencing dan bukannya dikeluarkan dari zakar.

Bukan itu sahaja, air kencing juga boleh berbuih disebabkan oleh amyloidosis.

Amyloidosis adalah keadaan jarang berlaku yang juga boleh menyebabkan air kencing berbuih sedikit, pengumpulan cecair, dan masalah kepada buah pinggang.

Ia disebabkan oleh pembentukan protein tertentu dan boleh menjejaskan banyak organ.

Pengambilan ubat phenazopyridine adalah satu lagi punca air kencing menjadi berbuih yang agak jarang terjadi. Sesetengah individu akan mengambil ubat ini untuk merawat kesakitan akibat jangkitan saluran kencing.

Perlukah lihat contoh kencing berbuih normal?

Air kencing berbuih ketika period atau bila-bila masa mungkin tidak menjadi masalah jika ia berlaku sekali-sekala.

Namun, jika ia berterusan, ia boleh menjadi tanda anda mengalami kerosakan buah pinggang

warna air kencing
Warna air kencing dan tahap kesihatan anda.

Selain itu, ia boleh menjadi tanda ejakulasi retrograde jika anda seorang lelaki, atau ia mungkin kesan daripada ubat yang anda ambil.

Kebiasaannya, anda tidak perlu berasa risau dengan warna contoh kencing berbuih normal.

Anda boleh mencuba petua hilangkan kencing berbuih dengan meminum lebih banyak air.

Akan tetapi, anda perlu berjumpa dengan doktor jika:

  • Air kencing berbuih tidak hilang dalam masa beberapa hari
  • Anda mempunyai simptom seperti bengkak, loya, muntah, hilang selera makan, dan keletihan
  • Air kencing anda menjadi keruh atau berdarah
  • Jika anda seorang lelaki, orgasme anda menghasilkan sedikit atau tiada cecair 

Kesimpulan

Dapatkan pemeriksaan dan rawatan awal daripada doktor sekiranya simptom kencing berbuih anda semakin berlarutan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan menjadi semakin kronik.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Foamy urine: What does it mean?. https://www.mayoclinic.org/foamy-urine/expert-answers/faq-20057871. Accessed on January 12, 2023. 

Foamy Urine: What’s Normal, What’s Not. https://www.nm.org/healthbeat/healthy-tips/foamy-urine-whats-normal-whats-not. Accessed on January 12, 2023.

Protein in Urine (Proteinuria) Causes, Symptoms, Tests & Treatments. https://www.kidneyfund.org/all-about-kidneys/other-kidney-problems/protein-urine#How_will_I_know_if_I_have_protein_in_my_urine. Accessed on January 12, 2023.

Albuminuria: Albumin in the Urine. https://www.niddk.nih.gov/health-information/kidney-disease/chronic-kidney-disease-ckd/tests-diagnosis/albuminuria-albumin-urine. Accessed on January 12, 2023.

Why Does Urine Froth. https://www.ics.org/Abstracts/Publish/106/000697.pdf. https://www.ics.org/Abstracts/Publish/106/000697.pdf. Accessed on January 12, 2023.

Versi Terbaru

02/10/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Serik Masalah Kencing Kotor Selalu Berulang? Cuba Minum Jus Kranberi Untuk Elak UTI!

Masalah Kencing Dan Urologi Boleh Buat LELAKI STRES! Sampai Boleh Depres Kalau Tak Dirawat!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 02/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan