backup og meta

Batu Karang Turut Berisiko Kepada Kanak-Kanak, Adakah Ia Juga Sama Berbahaya?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 19/09/2023

Batu Karang Turut Berisiko Kepada Kanak-Kanak, Adakah Ia Juga Sama Berbahaya?

Ramai yang mungkin terfikir dan tertanya sama ada penyakit batu karang kanak-kanak itu biasa berlaku? Sebenarnya, penyakit ini memang boleh terjadi kepada semua dan ia sudah tentu berbahaya!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Urologi, sila dapatkannya di sini.

Adakah batu karang kanak-kanak itu biasa berlaku?

Menurut Cleveland Clinic, batu karang kanak-kanak itu bukan satu perkara yang normal!

Namun, walaupun ia jarang berlaku, kebanyakan pakar perubatan telah melaporkan kebelakangan ini berlaku peningkatan jumlah kes kondisi ini dalam kalangan kanak-kanak.

Bagaimana ia boleh berlaku?

Tabiat pemakanan, obesiti yang semakin meningkat dan gaya hidup tidak aktif boleh menyumbang kepada pembentukan kondisi ini.

Tabiat pemakanan yang tidak sihat dan mengikuti gaya hidup yang tidak sihat boleh menyebabkan pembentukan batu karang kanak-kanak.

batu karang kanak-kanak

Kurang pengambilan air putih, minum minuman manis atau berkafein meningkatkan kepekatan air kencing.

Malah, dalam makanan yang disediakan di restoran, makanan beku, sandwic, makanan ringan dan minuman sukan mungkin mengandungi kandungan garam kuantiti yang berlebihan.

Selain itu,  kebanyakan kondisi ini disebabkan oleh tahap kalsium, iaitu oxalate atau fosforus yang tinggi dalam air kencing.

Ia biasanya dijumpai dalam air kencing dan tidak menyebabkan masalah pada tahap normal.

Bagi keadaan lainnya, apabila kanak-kanak tidak dapat bergerak bagi jangka masa yang panjang, seperti selepas menjalani pembedahan, peluang pembentukan batu lebih tinggi.

Ini kerana apabila kanak-kanak tidak bergerak, tulang mereka boleh mengeluarkan kalsium tambahan ke dalam darah.

Simptom-simptom pada kanak-kanak

Simptom paling biasa adalah terdapat darah dalam air kencing atau sakit.

Keterukan kesakitan dan lokasi kesakitan mungkin berbeza-beza bergantung kepada faktor-faktor seperti lokasi batu dan tahap halangan.

Simptom lain termasuk:

  • Sakit kolik/kembung yang teruk
  • Ketidakupayaan untuk buang air kencing (apabila batu menghalang saluran kencing)
  • Loya
  • Muntah
  • Air kencing keruh atau berbau busuk, demam, menggigil atau lemah (mungkin tanda jangkitan yang serius)

Ada juga sesetengah batu karang dipanggil “batu senyap” kerana ia tidak menyebabkan simptom.

batu karang kanak-kanak

Cepat mendiagnosis batu karang

Jika kanak-kanak disyaki mempunyai kondisi ini, sama ada sakit atau kencing berdarah (hematuria), doktor boleh menyarankan untuk melakukan x-ray atau pemeriksaan ultrasound buah pinggang, ureter (tiub yang membawa air kencing dari buah pinggang ke pundi kencing) dan pundi kencing.

Jika ada, kebanyakan batu boleh dilihat pada x-ray, walaupun kadang-kadang pemeriksaan ultrasound diperlukan untuk melihat jenis batu yang lain.

Cara merawat batu karang

Rawatan yang dilakukan adalah berdasarkan jenis, komponen, lokasi dan saiz batu tersebut.

Batu yang kecil mungkin boleh melepasi badan tanpa memerlukan rawatan, tetapi bagi batu yang besar ia memerlukan rawatan segera kerana menyebabkan kesakitan kepada kanak-kanak.

Antara kaedah yang digunakan untuk mengeluarkan batu karang adalah cystoscopy, ureteroscopy, shock wave lithotripsy dan percutaneous nephrolithotomy.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 19/09/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan