backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Cepat Penat & Susah Tidur? Awas, Ia Mungkin Akibat Masalah Yang Tak Disangka Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 15/01/2024

    Cepat Penat & Susah Tidur? Awas, Ia Mungkin Akibat Masalah Yang Tak Disangka Ini!

    Pernahkah anda mengalami keadaan ini? Susah tidur dan badan asyik berasa lesu, hingga kesihatan diri merudum. Apakah punca susah tidur malam ini?

    Jangan diabaikan sebarang simptom, kemungkinan anda mengalami masalah susah tidur atau insomnia.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Tidur Berkualiti, sila dapatkannya di sini.

    Susah tidur malam gejala penyakit apa?

    Insomnia adalah gangguan tidur biasa, yang menjadi punca susah tidur malam dengan nyenyak atau bangun terlalu awal serta tidak dapat tidur semula.

    Anda juga mungkin akan rasa sangat letih dan lesu ketika bangun tidur. Ia bukan sahaja boleh mengurangkan tahap tenaga dan mood anda, bahkan kesihatan, prestasi kerja dan kualiti hidup.

    Selalunya, ramai orang dewasa mengalami insomnia jangka pendek (akut), yang berlangsung selama beberapa hari atau minggu. Ia biasanya berpunca daripada tekanan atau kejadian traumatik.

    Namun, sesetengah orang mengalami insomnia jangka panjang (kronik) yang berlangsung selama sebulan atau lebih.

    Punca susah tidur malam ini boleh terjadi dengan sendirinya, ataupun hanya salah satu gejala yang muncul akibat masalah kesihatan lain.

    masalah insomnia
    Cara untuk mengatasi masalah insomnia.

    Tanda dan gejala insomnia

    Walaupun insomnia sering dikaitkan dengan punca susah tidur malam, namun terdapat simptom lain yang umum terjadi, termasuklah:

    • Kesukaran untuk memulai tidur pada waktu malam
    • Sering terbangun di tengah malam
    • Bangun terlalu awal di waktu pagi
    • Berasa lesu walaupun selepas tidur malam
    • Keletihan atau mengantuk pada waktu siang
    • Kerengsaan, kemurungan atau kegelisahan
    • Kesukaran menumpukan perhatian, sukar untuk memberi tumpuan terhadap tugas dan sukar untuk mengingati sesuatu
    • Kesalahan atau kemalangan yang semakin meningkat
    • Kebimbangan mengenai tidur yang berterusan

    Sekiranya keadaan susah tidur mengganggu kehidupan harian anda pada waktu siang, sila berjumpa dengan doktor untuk mengenal pasti punca masalah dan cara mengatasi masalah sukar tidur.

    Punca insomnia

    Insomnia merupakan masalah utama, atau mungkin berkaitan dengan keadaan lain.

    Punca susah tidur malam kronik biasanya berkait dengan tekanan, peristiwa hidup atau tabiat yang mengganggu tidur. Punca insomnia kronik yang biasa termasuklah:

    #1 Stres

    punca susah tidur malam
    Kerap stres punca sukar tidur malam.

    Kebimbangan mengenai pekerjaan, sekolah, kesihatan, kewangan atau keluarga menyebabkan minda anda aktif pada waktu malam, sehingga sukar untuk tidur.

    Tekanan peristiwa hidup atau trauma seperti kematian orang tersayang, perceraian atau kehilangan pekerjaan juga boleh mengakibatkan individu rasa mengantuk tapi tak boleh tidur.

    #2 Jadual perjalanan atau kerja

    Irama sirkadian berfungsi sebagai jam dalaman untuk tubuh anda, membimbing perkara seperti kitaran tidur, metabolisme dan suhu badan.

    Kegangguan irama ini boleh menyebabkan keadaan susah tidur. Puncanya seperti perbezaan zon waktu semasa mengembara, bekerja syif yang terlalu awal atau lambat atau syif yang sering berubah.

    Punca susah tidur malam #3 Tabiat tidur yang buruk

    Tabiat tidur merangkumi jadual waktu tidur yang tidak teratur, tidur siang, aktiviti merangsang sebelum tidur, dan persekitaran tidur yang tidak selesa.

    Selain itu, menonton skrin atau bermain permainan video sebelum tidur juga boleh mengganggu kitaran tidur anda.

    punca susah tidur malam
    Tabiat buruk punca sukar tidur malam.

    #4 Makan banyak sebelum tidur

    Makan dalam jumlah yang banyak sebelum tidur akan membuat anda merasa tidak nyaman ketika berbaring, sehingga susah tidur.

    Ramai orang juga mengalami pedih ulu hati, dan aliran balik asid dan makanan dari perut ke kerongkong setelah makan, yang mungkin membuat anda terjaga.

    #5 Kafein, nikotin dan alkohol

    Kesemua bahan di atas bertindak sebagai perangsang yang boleh mengganggu tidur anda. Alkohol boleh membantu anda tertidur, tetapi ia menghalang tahap tidur yang lebih dalam dan sering menyebabkan terjaga di tengah malam.

    #6 Masalah kesihatan punca insomnia

    Terdapat sesetengah masalah kesihatan yang boleh mengakibatkan mengantuk tapi tak boleh tidur, misalnya sakit kronik, kanser, diabetes, penyakit jantung, asma, tiroid yang terlalu aktif dan sebagainya.

    Komplikasi mengantuk tapi tak boleh tidur

    Corak tidur yang konsisten sama pentingnya dengan diet yang sihat dan aktiviti fizikal untuk kesihatan anda.

    Susah tidur boleh mempengaruhi anda dari segi mental dan fizikal, serta menyebabkan kualiti hidup yang lebih rendah berbanding dengan orang yang tidur nyenyak.

    Beberapa komplikasi insomnia termasuklah :

    • Prestasi di sekolah dan tempat kerja akan menurun
    • Reaksi terhadap sesuatu keadaan lebih lambat dan berisiko tinggi untuk mendapat kemalangan
    • Boleh mengakibatkan gangguan kesihatan mental seperti kemurungan dan kegelisahan
    • Meningkatkan risiko tekanan darah tinggi atau penyakit jantung dalam jangka masa panjang

    Semoga perkongsian ini berguna buat anda. Dapatkan cara merawat susah tidur malam dengan doktor jika masalah susah tidur anda itu telah berlanjutan dalam jangka masa yang agak lama!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 15/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan