backup og meta

Jangan Risau! Ubat Biologik Selamat Dan Berkesan Merawat Masalah Psoriasis

Jangan Risau! Ubat Biologik Selamat Dan Berkesan Merawat Masalah Psoriasis

Ubat biologik adalah satu kaedah perubatan yang telah berjaya merevolusikan rawatan penyakit kronik termasuklah rawatan psoriasis.

Berikutan keberkesanannya dalam merawat masalah kulit mengelupas dan gatal, ia sering dipreskripsikan oleh doktor sebagai rawatan psoriasis tahap sederhana dan teruk.

Berbanding dengan ubat steroid dan cyclosporine yang sering digunakan untuk merawat psoriasis, risiko kesan sampingan bagi pengambilan ubat biologik adalah rendah.

Walau bagaimanapun, ramai yang masih ragu akan keselamatan pengambilan ubat tersebut.

Artikel ini akan merungkaikan sebab mengapa anda tidak perlu risau untuk menggunakan ubat biologik sebagai rawatan psoriasis utama.

Sama seperti rawatan psoriasis yang lain

ubat biologik

Ramai yang menyangka ubat biologik mampu memusnahkan integriti sistem pertahanan badan yang akan membuatkan anda terdedah kepada segala bentuk jangkitan, masalah kesihatan dan penyakit berbahaya.

Hakikatnya, ia sama seperti rawatan lain. Sebelum memulakan rawatan psoriasis menggunakan ubat biologik, anda akan diterangkan berkenaan dengan keberkesanan beserta dengan kesan sampingannya.

Ujian saringan kesihatan akan dilakukan bagi memeriksa status penyakit kronik lain sebelum anda mula mengambil ubat tersebut.

Anda juga akan diberikan imunisasi berkaitan bagi mengurangkan risiko jangkitan kesan daripada pengambilan ubat biologik.

Namun, apa yang anda perlu tahu adalah, pengambilan ubat biologik telah terbukti selamat berbanding dengan rawatan alternatif. 

Perkara ini benar terutamanya jika anda mengalami psoriasi tahap sederhana atau serius.

Rawatan psoriasis tradisional tidak disahkan selamat atau berkesan. 

Ia boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapat pelbagai jenis penyakit kronik seperti penyakit Crohn dan masalah berkaitan organ dalaman seperti hati, jantung dan buah pinggang.

Mudah untuk dipakai, ini cara terbaik untuk menggunakan ubat biologik

ubat biologik

Penggunaan ubat biologik sebagai rawatan psoriasis boleh dianggap mudah. Anda tidak perlu meminta pertolongan daripada sesiapa untuk memakainya.

Sama seperti ubat kencing manis, insulin, ubat biologik perlu dicucuk masuk menggunakan pen pencucuk automatik. Prosesnya mudah dan cepat.

Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah mencuci tangan selama lebih kurang 20 saat. Kawasan cucukan juga perlu dibersihkan dengan baik.

Perkara penting yang perlu anda ingat adalah ubat tersebut perlu dicucuk pada permukaan kulit yang tiada masalah psoriasis.

Seterusnya, tekan alat pencucuk automatik bagi menyuntik masuk ubat ke dalam sistem badan anda.

Setelah selesai, bersihkan permukaan yang dicucuk sekali lagi. Bersihkan darah menggunakan kain atau kapas.

Jika anda tidak selesa atau keliru berkenaan dengan langkah yang perlu diambil, minta bantuan pakar.

Keberkesanan ubat biologik sebagai rawatan psoriasis

rawatan psoriasis

Bagi sesetengah individu yang mengalami masalah psoriasis, kesan baik ubat mungkin semakin lama semakin berkurangan.

Perkara ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor. 

Pertama, antibodi di dalam badan anda mungkin memberikan tindak balas terhadap ubat tersebut menyebabkan keberkesanannya berkurangan.

Kedua, jenis ubat biologik yang digunakan tidak sesuai untuk merawat penyakit psoriasis anda.

Perkara ini boleh berlaku disebabkan oleh mutasi pada maklumat genetik. Oleh sebab itulah setiap individu mengalami kesan baik yang berbeza.

Pakar perubatan masih kurang memahami bagaimanakah mekanisme perubahan genetik mempengaruhi keberkesanan rawatan psoriasis ubat biologik.

Jika badan anda masih tidak memberikan tindak balas yang memuaskan setelah beberapa minggu, doktor anda mungkin akan menukar ubat.

Ubat yang dipreskripsikan boleh jadi sama atau berlainan daripada ubat yang pernah diberikan dulu.

Penyakit tidak sembuh dalam masa sehari, fahami durasi untuk ubat biologik berkesan

rawatan psoriasis

Secara umumnya, ubat sapu (bagi mereka yang mengalami psoriasis ringan) boleh memberikan kesan dalam masa beberapa minggu.

Perkara ini berbeza dengan kesan ubat biologik memandangkan ia bergantung kepada tahap keterukan penyakit yang dialami.

Ada pesakit yang dapat mengawal simptom dalam masa beberapa minggu sementara pesakit lain mengambil masa berbulan.

Kesannya bergantung kepada bagaimana kesan fisiologi ubat bertindak balas terhadap sistem pertahanan badan anda.

Apa yang penting anda perlu faham bahawa bukan semua individu akan mendapat kesembuhan dalam jangka masa pendek. 

Pastikan anda memberitahu kepada doktor berkenaan dengan perkembangan semasa penyakit untuk membantu rawatan psoriasis.

Campuran ubat-ubatan untuk menangani masalah psoriasis

ubat biologik

Bergantung kepada keadaan klinikal, pakar kulit anda boleh mempreskripsikan lebih daripada satu ubat biologik sebagai kaedah rawatan.

Oleh sebab penyakit psoriasis mempengaruhi setiap individu pada skala yang berbeza, rawatan yang diberi turut berbeza. 

Sebagai contoh, Dr Erin Boh dari Pusat Sains Kesihatan Universiti Tulane sedar bahawa pesakit yang diberikan rawatan sistemik (berat) boleh ditukar kepada rawatan ringan untuk meningkatkan keberkesanan rawatan psoriasis.

Sama ada simptom anda terkawal ataupun tidak, bergantung kepada kaedah rawatan yang diberikan oleh doktor anda. 

Pokok pangkalnya, apa kesan psoriasis terhadap kualiti hidup anda bergantung kepada diri anda sendiri.

Baca artikel berkenaan dengan ubat tersebut dan fahami betul-betul akan kebaikan dan mekanismenya sebelum membuat sebarang keputusan.

Jika anda memerlukan bantuan, rujuk pakar kulit bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Baca juga:

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Terjemahan daripada artikel English (https://hellodoktor.com/health/disease/not-worried-biologic-treatment-for-psoriasis/). Diakses pada 10 April 2020.

Versi Terbaru

14/02/2023

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Senarai Skincare Yang BOLEH Dan TIDAK BOLEH Digunakan Oleh Ibu Hamil

Ini 5 Ubat Psoriasis Boleh Dibeli Di Farmasi, Dapat Bantu Atasi Gatal-gatal Kulit


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 14/02/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan