backup og meta

7 Pantang Larang Anda Wajib Patuh Kalau Kulit Jadi Macam Dalam Gambar!

7 Pantang Larang Anda Wajib Patuh Kalau Kulit Jadi Macam Dalam Gambar!

Pernahkah anda dengar, lihat atau mengalami sendiri kondisi seperti di dalam gambar? Buat anda yang mungkin belum tahu, ia ada banyak nama iaitu sopak garam, gegata, urtikaria atau ludah jin! Apabila ia mula muncul pada kulit, ada pantang larang sopak garam yang wajib anda patuh.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Apa maksud, punca dan kesan sopak garam?

Untuk pengetahuan anda semua, sopak garam itu adalah kondisi kulit yang timbul tompok-tompok dengan variasi bentuk dan saiz. Ia juga mungkin akan mendatangkan rasa gatal dan sakit teruk.

Kebiasaannya, ia tidak akan membahayakan. Namun, ini bergantung kepada kategori yang berikut iaitu akut – berterusan namun kurang 6 minggu dan kronik – berlanjutan hingga lebih 6 minggu.

Terdapat beberapa faktor yang mungkin boleh jadi punca gegata berlaku pada kulit, seperti berikut:

  • Jangkitan mikrob
  • Alahan kulit
  • Rangsangan kulit yang berlebihan

Dalam kebanyakan kes, ia boleh pulih dengan sendiri selepas 24 ke 48 jam jika ia masih berada di tahap biasa sebelum peringkat akut atau kronik. Namun, anda wajib patuh pada pantang larang sopak garam!

pantang larang sopak garam

Ini pantang larang sopak garam anda wajib patuh!

“Wujud kes di mana gegata itu kekal di kulit individu selepas 6 minggu malah sehingga bertahun kerana tidak segera terima rawatan lanjutan sejurus kondisi ini berlaku,” ujar Pakar Alergi, Dr Miriam Anand.

Dalam masa yang sama, kondisi itu mungkin kekal lama akibat individu melanggar pantang larang ini:

#1. Jangan garu kulit anda!

Pertama, anda perlu elak daripada menggaru kulit terutama pada kawasan yang timbul tompok-tompok urtikaria ini kerana hanya akan menyebabkan kondisi ini menjadi lebih teruk dan mungkin kekal lebih lama.

Sebaiknya, kawal rasa gatal dan sakit ini dengan krim topikal atau ubat oral yang doktor sarankan.

pantang larang sopak garam

Pantang larang sopak garam #2. Makanan tertentu

Seperti mana kita semua sedia maklum, ada banyak jenis makanan yang boleh jadi punca alahan seperti kekacang, tenusu, makanan laut dan lain-lain. Dalam usaha untuk mencegah dan merawat kondisi ini, maka sila ambil tahu dan kawal alahan makanan anda.

Pantang larang sopak garam #3. Ubatan tertentu

Selain makanan, ubatan yang tertentu turut boleh menjadi punca alahan pada kulit. Antara jenis ubat yang biasa menyebabkan tompok-tompok di kulit adalah ubat tahan sakit, antibiotik, antiviral dan lain-lain. Namun, sebaik-baiknya, dapatkan nasihat dan preskripsi doktor terlebih dahulu.

Baca lagi artikel berkaitan:

#4. Debunga persekitaran

Dalam persekitaran kita semua, wujud debunga yang boleh menyebabkan dan memburukkan gegata pada kulit terutama daripada pokok, daun, rumput dan banyak lagi sumber alam semula jadi.

Apa yang lebih membahayakan adalah debunga ini bukan sahaja boleh mengakibatkan isu di kulit malahan masalah kesihatan lebih umum seperti demam, selesema, batuk dan lain-lain.

pantang larang sopak garam

#5. Haiwan peliharaan

Anda ada bela kucing, anjing atau haiwan peliharaan yang lain di rumah? Ini tidak salah namun ia boleh jadi punca urtikaria yang dialami itu lebih teruk akibat alahan angkara binatang tersebut.

Bulu, gigitan, sengatan serta sentuhan daripada haiwan kesayangan anda itu mungkin boleh membawa alahan kulit dan jangkitan mikrob. Anda masih boleh membela tetapi amalkan langkah berjaga-jaga.

#6. Rangsangan yang terlalu ekstrem

Anda mungkin tidak akan sangka jika kami katakan sopak garam boleh terjadi angkara rangsangan yang terlalu ekstrem pada kulit. Contoh rangsangan adalah sentuhan, tekanan, geseran, gegaran, suhu, cahaya, air dan banyak lagi yang boleh memberi kesan pada kulit.

Senaman juga boleh masuk di dalam kategori ini kerana ia akan melibatkan pergerakan selain membuatkan anda keluar peluh dengan banyak. Mungkin anda harus lebih berhati-hati?

Pantang larang sopak garam #7. Pakaian tidak sesuai

Akhir sekali, alahan pada kulit juga mungkin berlaku gara-gara penggunaan fabrik pakaian seperti baju, seluar, stoking dan lain-lain yang tidak sesuai dengan kulit lantas menjadi punca urtikaria.

Jenis alahan akibat pakaian yang kita semua mungkin tahu adalah getah atau lateks. Jadi, individu perlu tahu dan elak menggunakan pakaian yang akan menyebabkan munculnya gejala alergi.

Konklusinya, gegata atau urtikaria ini adalah kondisi kulit yang terjadi akibat alahan, jangkitan dan rangsangan yang berlebihan pada kulit anda. Dalam usaha untuk elak dan rawat kondisi ini, tolong patuh pantang larang di atas tadi ya!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Urticaria – an overview, https://dermnetnz.org/topics/urticaria-an-overview, Accessed Aug 4 2022.
  2. Hives, https://acaai.org/allergies/allergic-conditions/skin-allergy/hives/, Accessed Aug 4 2022.
  3. Urticaria (Hives) and Other Skin Allergy, https://www.allergyuk.org/types-of-allergies/urticaria-hives-other-skin-allergy/, Accessed Aug 4 2022.
  4. Urticaria: Evaluation and Treatment, https://www.aafp.org/pubs/afp/issues/2011/0501/p1078.html, Accessed Aug 4 2022.
  5. 10 Ways To Get Relief From Chronic Hives, https://www.aad.org/public/diseases/a-z/hives-chronic-relief, Accessed Aug 4 2022.

Versi Terbaru

06/05/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Kelopak Garam, Gegata, Ludah Jin Sama Ke? Ini Punca Dan Cara Merawatnya!

Kulit Gatal Angkara Gegata (Urtikaria), Ini Rupanya 7 Penyebab Ia Berlaku!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan