Mencari cara menanggalkan bulu badan dengan mudah tanpa rasa sakit pada kulit? Terdapat sejenis krim yang menawarkan solusi berkesan dan selesa untuk anda. Lihat Veet Hair Removal Cream review di bawah ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Pengenalan Veet Hair Removal Cream
Krim ini adalah krim penanggal bulu yang dihadirkan dengan tiga varian untuk kesesuaian kulit anda iaitu Normal, Dry dan Sensitive.
Dengan pilihan 25g dan 100g, produk ini boleh membantu menghilangkan bulu sehingga ke bahagian akarnya, sekali gus mengurangkan kekerapan pertumbuhan semula bulu.
Krim Veet ini hadir dengan pembungkusan yang praktikal dan menarik, juga dilengkapi spatula percuma untuk aplikasi krim dengan lebih mudah dan bersih.
Pada pandangan pertama, produk ini memperlihatkan imej yang boleh dipercayai dan pasti berkesan.
Tambahan pula Veet sebagai jenama yang telah lama berada di pasaran, dikenali ramai dengan variasi produk pencukur dan penanggal bulu terbaik untuk penjagaan kulit yang berkualiti.
Kelebihan Veet Hair Removal Cream
Krim ini dihasilkan dengan formulasi teknologi Silky Fresh baharu, dilengkapi bahan-bahan yang dapat membantu memulihkan tahap hidrasi kulit.
Teknologi wangian baharu ini juga direka untuk memastikan agar tiada bau busuk yang berlarutan selepas penggunaan krim.
Bagi variasi untuk kulit normal, ia dilengkapi dengan ekstrak biji teratai yang boleh melembutkan dan mengurangkan kedutan pada kulit 1.
Krim untuk kulit kering pula dirumus khas dengan shea butter, bahan yang terkenal dalam melembapkan dan melembutkan kulit 2.
Manakala krim untuk kulit sensitif pula, ia mengandungi ekstrak aloe vera dan vitamin E, yang menjadikan kulit anda lebih lembut dan halus selepas penggunaan 3 4.
Dengan spatula percuma yang disediakan, ia membolehkan anda menggunakannya dengan lebih mudah.
Selain itu, sensasi yang dirasakan semasa penanggalan bulu adalah sangat minimum tanpa rasa sakit atau tidak selesa.
Bulu juga dapat ditanggalkan sepantas 3 hingga 6 minit sahaja.
Berbanding jika anda mencukur bulu badan yang boleh mengeringkan permukaan kulit 5, formula baharu daripada Veet ini mengandungi bahan-bahan yang membantu memulihkan kelembapan kulit anda.
Bukan itu sahaja, penggunaan Veet Hair Removal Cream ini juga membuatkan pertumbuhan semula bulu yang lebih lembut berbanding jika anda mencukur.
Cara penggunaan
Cara menggunakan krim ini amat mudah.
- Picit botol krim pada bahagian badan yang terlibat.
- Sapukan krim secara merata pada bulu yang ingin ditanggalkan dengan menggunakan spatula yang disediakan.
- Biarkan krim tersebut pada kulit anda selama 3 hingga 6 minit dan pastikan ia tidak melebihi tempoh tersebut.
- Gunakan spatula yang sama untuk sapu keluar atau buang krim tersebut.
- Akhir sekali, bilas dengan air bersih dan anda boleh lihat kesannya serta-merta.
Veet Hair Removal Cream use ini ternyata sangat mudah!
Maklumat keselamatan dan kesan sampingan
Krim Veet ini telah diuji secara klinikal dan terbukti membantu melembapkan kulit sehingga 24 jam 6.
Krim ini sesuai digunakan pada kaki, lengan, ketiak dan garis bikini (bikini line).
Namun, ia tidak sesuai untuk digunakan pada kepala, muka, mata, hidung, telinga, sekitar dubur, alat kelamin dan puting atau bahagian badan lain.
Penggunaan produk ini juga tidak disarankan pada kawasan berikut:
- Urat varikos
- Parut
- Tahi lalat
- Kulit yang berjerawat, pecah dan mengalami iritasi
- Kulit yang terkena selaran matahari
- Kulit yang pernah mengalami reaksi negatif terhadap krim penanggalan bulu sebelum ini
Berikan jarak selama 72 jam antara sesi penanggalan bulu untuk mengelakkan iritasi pada kulit.
Kesan sampingan
Sekiranya anda sedang mengambil ubat-ubatan yang boleh mempengaruhi kulit, mengalami gangguan kulit, atau mempunyai keadaan yang boleh mempengaruhi kulit, disarankan untuk berbincang dengan doktor sebelum menggunakan produk ini.
Sekiranya anda mengalami sensasi pedih atau kesemutan semasa menggunakan produk, hentikan penggunaan dan bilas dengan air sejuk dengan segera.
Jika sensasi tersebut berterusan, segera dapatkan nasihat perubatan.
Sepertimana kebanyakan produk penjagaan kulit lain, adalah penting untuk mengikuti arahan dan amaran keselamatan pada produk dengan teliti bagi mengelakkan sebarang masalah.
Rujuk risalah di dalam kotak bagi mengetahui maklumat lanjut.
Berbaloi dengan harga?
Veet Hair Removal Cream price? Dengan hasil yang tahan lama dan kulit yang terasa lebih lembut, krim ini sangat berbaloi untuk dimiliki.
Ia juga dijual dengan harga yang sangat berpatutan iaitu serendah RM7.10 hingga RM25.94 (mengikut saiz) dan sesuai untuk semua peringkat masyarakat.
Produk ini boleh didapati di kebanyakan farmasi dan kedai dalam talian, menjadikannya pilihan yang mudah untuk kebanyakan pengguna.
Ulasan pengguna produk Veet Hair Removal Cream
Berdasarkan ulasan pengguna dari platform seperti Lazada atau Shopee, ramai yang memuji produk ini kerana keberkesanannya dan penggunaannya yang sangat mudah.
Malah ramai juga yang mengakui kualiti produk ini dan sangat berbaloi untuk dimiliki.
Tip dan nasihat
Veet Hair Removal Cream adalah pilihan yang bagus bagi mereka yang mencari kaedah menanggalkan bulu secara efisien dan selesa.
Kami mengesyorkan produk ini terutama bagi mereka yang mengutamakan kelembutan dan hidrasi pada kulit.
Untuk hasil terbaik, gunakan produk ini selepas mandi ketika pori-pori terbuka dan keringkan kulit sepenuhnya sebelum sapuan krim.
Pastikan anda menggunakan spatula yang disediakan untuk aplikasi yang merata.
Kesimpulan
Menggunakan formula yang diperkaya dengan ekstrak biji teratai, shea butter, aloe vera dan vitamin E, krim ini menawarkan penyelesaian penanggalan bulu yang tidak hanya efektif tetapi juga menjaga kelembapan kulit anda.
Cubalah sendiri dan alami perbezaannya!
Tiada lagi masalah penanggalan bulu badan yang menyakitkan. Dapatkan produk ini sekarang di sini!