backup og meta

Ketiak Rasa Lapang & Bersih Tiada Bulu, Tetapi Tahu Tak, Ada 5 Manfaat Kalau Tak Cukur!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/04/2023

    Ketiak Rasa Lapang & Bersih Tiada Bulu, Tetapi Tahu Tak, Ada 5 Manfaat Kalau Tak Cukur!

    Ramai individu tanpa kira lelaki atau wanita sering amalkan cara hilangkan bulu ketiak kerana mereka tidak gemar dengan bulu di bawah lengan yang serabut. Namun, tahukah anda bahawa ia turut bawa banyak manfaat?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

    Cara hilangkan bulu ketiak anda boleh amalkan!

    Kadangkala, kita mungkin akan terfikir dan tertanya apa penyebab bulu ketiak cepat tumbuh ya? Ini kerana bulu bawah lengan yang terlalu banyak sudah tentu boleh menjejaskan penampilan individu.

    Disebabkan itu pula, ramai orang akan cuba amalkan beberapa cara hilangkan bulu ketiak seperti yang berikut:

  • Mencukur
  • Mencabut
  • Melilin
  • Menggunakan krim topikal
  • Melakukan prosedur laser
  • Logiknya, cara-cara di atas ini tidak hanya dapat membuang bulu bawah lengan bagi tujuan kecantikan malahan juga untuk tujuan kebersihan. Dengannya, kalian mampu membunuh bakteria yang ada di situ.

    Apabila jumlah bakteria di ketiak itu kurang atau tiada, maka tentu sahaja ia akan membantu menyelesaikan masalah ketiak berbau yang telah lama menjadi igauan ngeri kepada anda dan individu di sekeliling.

    cara hilangkan bulu ketiak

    Pun begitu, adakah ia bermakna individu tidak lagi perlu amakan cara hilangkan bulu ketiak seperti di atas tadi?

    Bulu bawah lengan turut bawa banyak manfaat?

    Untuk pengetahuan anda semua, memiliki ketiak berbulu bukan bermaksud anda tidak mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap aspek kecantikan dan kebersihan kerana ia mungkin bawa banyak manfaat.

    Anda tidak percaya? Jom lihat beberapa kebaikan dan kelebihan yang bakal datang jika anda biar ketiak berbulu:

    #1. Mengelakkan geseran di kawasan ketiak

    Pertama dan paling penting, kehadiran bulu-bulu di bawah lengan dapat membantu mengelakkan geseran di kawasan ketiak. Tanpanya, geseran di antara bahagian kulit yang bertemu mungkin bakal lebih teruk.

    Apabila berlaku geseran yang kerap dan lama, maka akan timbul pula risiko terjadinya kerengsaan atau kemelecetan di antara kawasan kulit yang tersentuh terutama bagi mereka yang ada masalah berat badan berlebihan.

    cara hilangkan bulu ketiak

    #2. Melindungi bawah lengan daripada bakteria

    Ramai orang yang menyangka bahawa bulu ketiak adalah habitat ideal untuk bakteria. Ya, ia mungkin betul tetapi ada sesuatu yang anda harus tahu iaitu ia turut akan melindungi bawah lengan daripadanya.

    Alasannya, bulu-bulu halus di bawah lengan akan menutup segala ruang kecil yakni liang pori di kulit ketiak sekali gus mencegah ia daripada dimasuki dan dijangkiti oleh bakteria-bakteria penyebab penyakit.

    #3. Mengurangkan peluh dan bau ketiak

    Sehubungan di atas, ramai orang yang amalkan cara hilangkan bulu ketiak kerana tidak mahu ia berpeluh dan berbau!

    Sedangkan, keberadaan bulu ini boleh mengurangkan penghasilan dan pengeluaran peluh di bawah lengan. Apabila ia kurang berpeluh, maka ketiak anda masih akan berbau namun pada kadar yang sederhana.

    #4. Mengekalkan paras hormon feromon

    Kadangkala, anda mungkin masih memerlukan sedikit ‘bau’ pada ketiak dalam usaha bagi menarik perhatian individu lawan jantina. Bagaimana? Caranya adalah dengan mengekalkan sedikit bulu di bawah lengan anda.

    Ini kerana bulu-bulu halus di ketiak boleh membantu tubuh badan menghasilkan dan mengeluarkan hormon feromon yang merupakan zat kimia dalam bentuk aroma bagi menggoda dan memicu pasangan lawan jantina.

    cara hilangkan bulu ketiak

    #5. Menstabilkan suhu tubuh badan

    Terakhir, bulu-bulu di tubuh badan manusia sebenarnya memiliki fungsi untuk menstabilkan suhu terutama ketika ia berada dalam suhu yang terlalu sejuk. Dengannya, ia dapat menyesuaikan diri dengan suhu ekstrem.

    Buktinya, anda mungkin perasan jika tubuh badan termasuk ketiak mungkin bakal berbulu lebih lebat tatkala individu tinggal di kawasan-kawasan yang beriklim dingin angkara faktor penyesuaian terhadap persekitaran.

    Konklusinya, memang benar anda mungkin perlu membuang bulu di bawah lengan jika ia sudah terlalu banyak lantas menjejaskan kecantikan dan kebersihan. Namun, kewujudannya juga masih akan membawa manfaat.

    Dalam erti kata mudah, bulu ketiak ada fungsi yang tersendiri dan tersembunyi. Jadi, turut tidak salah jika anda mahu membiarkannya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/04/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan