Anda selalu diusik dan diejek kulit wajah terlalu kering sampai nampak mengelupas dan bersisik? Hentikan kata-kata mereka ini dengan ambil tahu apa punca kulit kering di muka yang sebenar dan segera ambil tindakan, rawatan atau ubatan sepatutnya!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
Kulit wajah yang kering, adakah ia normal?
Untuk pengetahuan anda semua, kekeringan pada kulit adalah masalah yang akan berlaku apabila lapisan kulit paling atas (epidermis) tidak berjaya mendapatkan kelembapan secukupnya.
Masalah yang turut dikenali sebagai Xerosis ini boleh terjadi pada setiap bahagian kulit termasuk tangan, kaki dan muka. Kesannya, kulit akan terlihat kering, kusam, kasar dan tidak bermaya.
Apa yang lebih membimbangkan adalah mereka dengan masalah kulit ini lebih tinggi risiko untuk mengalami jangkitan, alahan serta penyakit kulit lain seperti ekzema, dermatitis dan lain-lain.
Baca lagi artikel berkaitan:
- 6 Jenis Penyakit Kulit Ini Antara Yang Paling Mudah Berjangkit, Jaga-jaga!
- 7 Petanda Awal Anda Ada Masalah Kulit, Kena Rujuk Pakar Dermatologi Cepat!
Tidak kurang dengan itu, kulit kering juga lebih mudah untuk mengalami rengsa, radang dan luka!
Dalam usaha untuk menyelesaikan masalah ini daripada berlaku dan berulang, individu perlu tahu apa punca kulit kering di muka terjadi terlebih dahulu sebelum bertindak mencari jalan keluar.
Ini punca kulit kering di muka anda perlu tahu!
Sebenarnya, punca utama kulit kering di muka itu tentu sahaja adalah angkara kekurangan sebum atau minyak semula jadi pada wajah. Sekiranya sebum ini kurang atau hilang daripada kulit muka, maka sudah tentu masalah kulit kering akan berlaku.
Berikut adalah antara sebab serta faktor risiko yang akan mengakibatkan kulit wajah anda kering:
Punca kulit kering di muka #1. Genetik
Genetik adalah penyebab pertama kerana ia akan memainkan peranan yang amat penting di dalam penentuan jenis kulit individu. Jika ibu bapa anda berkulit kering, maka anda juga berisiko.
Pun begitu, hal ini bukan satu perkara yang pasti kerana genetik itu boleh berubah atau bermutasi.
Punca kulit kering di muka #2. Usia
Hipotesisnya, semakin tambah usia, semakin kering kulit? Adakah ia benar? Ya, ini kerana kolagen dan sebum akan mula berkurang apabila bertambah usia lantas membuat kulit lebih kering.
Dalam pada itu, masalah seperti kedut, kerut serta garis halus turut akan muncul angkara penuaan.