backup og meta

5 Tempat Yang Selalu Alami Kekeringan Ketika Berpuasa Dan Cara Terbaik Untuk Elakkannya

5 Tempat Yang Selalu Alami Kekeringan Ketika Berpuasa Dan Cara Terbaik Untuk Elakkannya

Kulit badan kering ketika berpuasa? Jangan risau, kulit kering ketika berpuasa merupakan sesuatu yang lazim. Ramai yang alami masalah ini terutamanya pada bulan Ramadan.

Tetapi, mengapakah kulit menjadi kering? Kondisi ini berlaku apabila badan tidak dapat mengekalkan kelembapan yang secukupnya pada kulit.

Ada banyak perkara yang boleh menyebabkan kulit kekeringan, antaranya adalah usia, penggunaan produk penjagaan kulit yang tidak sesuai dan penyakit tertentu.

Selain itu, cuaca panas dan tidak minum air dengan cukup juga boleh menjadi punca kepada kulit badan kering. Kedua-dua faktor ini menjadi penyebab ramai yang mengalami masalah kulit badan kering ketika berpuasa.

Mungkin anda tidak tahu, ada beberapa bahagian badan yang lebih cenderung untuk mengalami kekeringan dan ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk elakkan kulit kering dan mengelupas. 

5 tempat yang lazim alami kekeringan, terutamanya ketika puasa!

pelembap muka

Cuba perhatikan siku, lutut, tapak tangan dan tapak kaki anda. Adakah kawasan tersebut nampak kering, mengelupas dan merekah? 

Jika ya, kulit anda sebenarnya sedang alami kekeringan dan tidak mendapat lembapan yang secukupnya!

Pada bulan Ramadan ini, kekurangan air merupakan satu kelaziman. Namun, itu tidak bermaksud anda patut membiarkan masalah kulit badan kering tanpa mengambil inisiatif yang sepatutnya!

Mari lihat kawasan badan manakah yang mudah kering dan gatal ketika berpuasa. Pada masa yang sama, ketahui juga cara yang terbaik untuk mengelakkan kulit di kawasan tersebut terus kering dan tidak bermaya!

1. Siku mengelupas 

kulit badan kering

Siku kering dan mengelupas merupakan satu masalah biasa. Disebabkan cuaca di negara kita yang agak panas, kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari seperti siku amat mudah untuk menjadi kering.

Selain itu, siku yang mengelupas juga boleh berlaku disebabkan oleh iritasi, geseran dan juga kurangnya hidrasi.

Siku kita bergesel dengan pelbagai permukaan sepanjang hari seperti baju, meja dan kadangkala dinding. Jadi, tidak hairanlah jika kulit di sekitar siku mudah merekah dan mengelupas.

Kulit kering di sekitar siku boleh menjejaskan kecantikan di bahagian siku, terutamanya kepada anda yang gemar memakai baju berlengan pendek.

2. Kulit kering di sekitar lutut

Sama seperti siku, bahagian lutut juga sering dikaitkan dengan masalah kulit kering dan mempunyai ciri kecantikan yang harus dipelihara.

Pasti ramai yang tertanya-tanya, mengapa kulit pada kawasan lutut dan siku mudah mengelupas?

Untuk pengetahuan anda, lutut dan siku adalah sejenis sendi. Jadi, kulit di kawasan ini lebih tebal dan tidak mempunyai kelenjar minyak. Oleh sebab itu, ia lebih mudah kering berbanding kawasan kulit yang lain.

Pada bulan Ramadan ini, kebanyakan orang tidak minum air dengan mencukupi. Jadi, kulit lebih terdedah kepada masalah kekeringan dan kegatalan.

Baca juga:

3. Tapak tangan 

kulit badan kering

Tapak tangan selalu kering? Walaupun kondisi ini tidak berbahaya, ia boleh mendatangkan ketidakselesaan ketika melakukan kerja harian.

Kebiasaannya, kulit kekeringan pada kawasan tapak tangan berlaku disebabkan faktor persekitaran. Cuaca panas, terlalu kerap membasuh tangan, melakukan kerja berat dan juga penyakit tertentu boleh menyebabkan kulit badan kering dan mengelupas terutamanya ketika berpuasa.

Tapak tangan yang kering boleh menyebabkan struktur kulit menjadi kasar dan ia dapat dirasai oleh rakan atau ahli keluarga apabila kita bersalaman atau menyentuh mereka.

4. Tapak kaki

Tidak seperti tapak tangan, kulit kekeringan pada kawasan tapak kaki pula sering diabaikan. 

Tahukah anda, kaki yang merekah dan mengelupas boleh menjadi sesuatu yang serius jika tidak ditangani secepat mungkin?

Kulit kering pada tapak kaki yang diabaikan akan menyebabkan lapisan kulit mati berkumpul pada bahagian tertentu sekali gus mengakibatkan bahagian tersebut menjadi keras dan tebal. 

Keadan ini boleh menjejaskan fungsi tapak kaki dan mengakibatkan postur badan berubah.

5. Kulit badan kering di kawasan puting

Bagi wanita pula, kawasan seperti puting payudara sangat sensitif dan mudah menjadi kering. 

Terdapat banyak perkara yang boleh menyebabkan iritasi pada kawasan puting. Sebagai contoh, iritasi ini boleh disebabkan oleh kulit yang kering, geseran, kehamilan atau menyusukan anak.

Masalah puting gatal dan mengelupas jarang sekali menjadi tanda penyakit yang lebih serius dan boleh diatasi dengan mudah. 

Selalunya, wanita yang jarang minum air atau sensitif terhadap sabun akan mengalami gatal-gatal pada kawasan puting.

Pemilihan baju yang longgar dan tidak melekap pada badan untuk mengelakkan geseran adalah antara jalan penyelesaian bagi menggalakkan peredaran udara.

Cara terbaik untuk elakkan kulit badan kering

kulit badan kering

Masalah kulit badan kering dapat diatasi dengan penggunaan pembersih dan pelembap kulit yang sesuai.

Pemilihan pembersih kulit yang bebas sabun dan berbuih sederhana boleh membantu membersih, melembap dan melegakan kulit kekeringan serta gatal. Pembersih kulit jenis ini tidak menyebabkan alahan atau bersifat hipoalergenik.

Selain itu, pembersih kulit yang mengandungi aloe vera dan vitamin B5 dapat mengekalkan kelembapan pada kulit badan sepanjang hari. Ia membersih kulit secara lembut tanpa menghakis minyak semula jadi pada kulit sambil mengekalkan kelembapan pada kulit. Produk jenis ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Penggunaan pembersih kulit semata-mata adalah tidak cukup dan harus dipadankan dengan penggunaan pelembap kulit.

Pemilihan pelembap kulit yang bebas pewangi, paraben dan steroid dapat membantu meningkatkan kelembapan kulit dan memulihkan lapisan pelindung semula jadi kulit.

Jika anda inginkan kulit yang nampak lebih segar pula, pilih produk yang mengandungi seramida, sejenis bahan kimia yang dapat membantu mengekalkan kelembapan, menguatkan lapisan perlindungan kulit dan memastikannya kekal anjal.

Bukan itu sahaja, seramida juga mampu ‘mengunci’ lembapan pada kulit dan mengelakkan masalah kulit badan kering serta iritasi. 

Gunakan pembersih kulit dan pelembap kulit sekurang-kurangnya dua kali sehari, lebih-lebih lagi ketika berpuasa. Selamat mencuba!

Sihat berseri, Syawal menanti! Dapatkan Cetaphil PRO AD Derma Skin Restoring Body Wash, Cetaphil PRO AD Derma Skin Restoring Body Moisturizer, Cetaphil Gentle Skin Cleanser dan Cetaphil Moisturising Cream  di Shopee atau Lazada sekarang supaya kulit lebih sihat dan berseri menjelang raya.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Dry skin. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/dry-skin/symptoms-causes/syc-20353885. Accessed on April 8, 2022.
  2. Dry skin. https://raisingchildren.net.au/guides/a-z-health-reference/dry-skin. Accessed on April 8, 2022.
  3. Dry, Scaly, and Painful Hands Could Be Hand Eczema. https://www.aad.org/public/diseases/eczema/types/hand-eczema. Accessed on April 8, 2022.
  4. Nipple Itching. https://www.medicoverhospitals.in/symptoms/nipple-itching. Accessed on April 8, 2022.
  5. The Power and Importance of Cleansing. https://biologiquerechercheuk.co.uk/blog/the-importance-of-cleansing. Accessed on April 8, 2022.
  6. Skin hydration is significantly increased by a cream formulated to mimic the skin’s own natural moisturizing systems. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6197824/. Accessed on April 8, 2022.

Versi Terbaru

21/06/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Nak Elak Kulit Kering Sebab Selalu Cuci Tangan? Ada 7 Tip Anda Boleh Buat!

Kulit Kering Dan Mengelupas? Ia Mungkin Angkara Aircond Di Rumah Anda!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 21/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan