Ini Cara Pakai Masker Yang Betul, Bukan Main Letak Sahaja Atas Muka! Selalu Tersalah Pilih Masker Wajah? Ini Cara TEPAT Nak Pakai Masker Ikut Jenis Kulit Muka Cara pakai masker wajah yang betul 1: Pakai pelembap dan toner
Pertama sekali, anda perlulah pastikan kulit muka bersih daripada sebarang kekotoran.
Sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitif, pastikan produk penjagaan wajah yang digunakan bukan komedogenik (tidak akan menyumbat pori wajah).
Kemudian, sapukan toner pada muka. Penggunaan toner dapat menyegarkan kulit tanpa menanggalkan sebarang kelembapan wajah.
Selain itu, toner juga dapat memastikan kulit lebih bersedia untuk menyerap segala nutrisi dari produk lain seperti moisturizer dan serum.
Cara pakai masker wajah yang betul 2: Sapukan krim mata
Jangan lupa kawasan bawah mata! Sekiranya anda mempunyai ‘mata panda’, anda mungkin perlu tambahkan krim ini dalam regimen penjagaan wajah anda.
Cari produk yang dapat memberi hidrasi dan mencerahkan lingkaran gelap bawah mata. Pada masa yang sama, anda juga boleh gunakan lip cream atau lip mask untuk manjakan kawasan bibir.
Cara pemakaiannya juga mudah, cuma sapukan sahaja krim pada bawah mata. Jumlah yang anda perlukan juga tidak banyak – cukuplah sebesar kacang pea!
Cara pakai masker wajah yang betul 3: Sapukan masker pada wajah

Sementara muka masih lagi lembap, sapukan masker pilihan pada wajah anda. Mulakan dari leher dan gunakan gerakan ke atas semasa mengaplikasikan produk tersebut.
Selepas itu, anda bolehlah berus gigi dan tidur! Keesokan pagi, anda boleh basuh muka seperti biasa dan teruskan dengan rutin penjagaan wajah pada waktu siang. Jangan lupa pakai suncreen ya!
Tip: Pastikan anda basuh tangan dahulu sebelum menyapukan sebarang produk pada kulit muka. Jika boleh, gunakan spatula untuk mengelakkan sebarang kontaminasi.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen