backup og meta

Nak Pakai Sleeping Mask? Lakukan Langkah Ini Untuk Dapatkan Kesan Terbaik!

Nak Pakai Sleeping Mask? Lakukan Langkah Ini Untuk Dapatkan Kesan Terbaik!

Rasa tertekan dengan kehidupan seharian sehinggakan kulit muka jadi kering dan kusam? Jangan risau, sebenarnya, ada masker wajah yang sesuai untuk anda! Kali ini, kami akan terangkan cara pakai masker wajah yang betul untuk pastikan kulit anda kekal hidrat dan nampak bermaya.

Salah satu masker yang sangat bermanfaat untuk kulit wajah ialah sleeping mask. Seperti namanya, sleeping mask selalunya dipakai sebelum tidur. Ia mengandungi serum dalam konsentrasi yang sangat tinggi. Ia juga akan meresap ke dalam kulit semalaman.

Jom, teruskan pembacaan anda. Dalam artikel di bawah, kami akan terangkan cara pakai masker muka yang betul supaya anda boleh bangkit keesokan hari dengan kulit yang lebih cantik dan lembap!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Apakah kebaikan sleeping mask?

cara pakai masker wajah yang betul

Sleeping mask mempunyai kebaikan yang hampir sama dengan masker muka kepingan. Ia dapat membantu melembapkan wajah dan mengurangkan masalah kulit.

Selalunya, ia dipakai pada waktu malam, selepas pemakaian pencuci muka dan toner.

Selain itu, masker ini juga akan dibiarkan pada wajah semalaman. Keesokan harinya, anda boleh basuh muka dan terus melakukan rutin penjagaan wajah pada waktu siang.

Namun, sebelum beli masker tidur, pastikan anda kenal pasti dahulu masalah kulit yang ingin diatasi. Sebagai contoh, adakah anda mempunyai kulit muka yang kering?

Jika ya, anda boleh cuba produk yang dapat melembapkan kulit. Lama-kelamaan, kulit wajah akan nampak lebih segar dan tidak sekering dahulu.

[embed-health-tool-bmi]

Jenis-jenis sleeping mask

Perkara pertama yang anda perlu lakukan semasa memilih sleeping mask ialah jenisnya.

Antara jenis sleeping mask yang anda boleh dapatkan di pasaran ialah:

  1. Masker berpelembap. Sleeping mask jenis ini sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering.
  2. Master lumpur atau tanah liat. Ini adalah masker terbaik untuk mereka yang mempunyai kulit muka kombinasi atau berminyak.
  3. Masker berenzim. Jika anda ingin mengurangkan jerawat pada muka, ini adalah masker yang paling sesuai untuk anda.
  4. Masker gel untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Jangan lupa, baca juga bahan-bahan yang terkandung dalam masker pilihan anda. Setiap produk mempunyai fungsi yang berbeza-beza. Ada yang mempunyai bahan untuk mengelakkan kekeringan, ada juga yang dapat merawat jerawat.

Jadi, pilih produk berdasarkan masalah kulit yang anda alami. Jangan sesekali beli produk tanpa usul periksa. Membazir nanti!

Cara pakai masker wajah yang betul

cara pakai masker wajah yang betul

Sebenarnya, cara pakai masker wajah yang betul tidaklah sesukar mana. Langkah-langkahnya sama sahaja seperti pemakaian produk lain.

Sebagai panduan, baca dahulu cara pemakaian yang dicetak di belakang pek pembungkus.

Jika anda baru sahaja bermula, antara cara pakai masker wajah yang betul ialah:

  1. Pakai masker 1-2 kali sahaja seminggu.
  2. Sebelum tidur, sapukan pada kulit seperti krim muka biasa.
  3. Basuh muka seperti biasa keesokan pagi.
  4. Tada… Wajah anda akan nampak lebih cerah dan lembut!

Baca juga:

Cara pakai masker wajah yang betul 1: Pakai pelembap dan toner

Pertama sekali, anda perlulah pastikan kulit muka bersih daripada sebarang kekotoran.

Sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitif, pastikan produk penjagaan wajah yang digunakan bukan komedogenik (tidak akan menyumbat pori wajah).

Kemudian, sapukan toner pada muka. Penggunaan toner dapat menyegarkan kulit tanpa menanggalkan sebarang kelembapan wajah.

Selain itu, toner juga dapat memastikan kulit lebih bersedia untuk menyerap segala nutrisi dari produk lain seperti moisturizer dan serum.

Cara pakai masker wajah yang betul 2: Sapukan krim mata

Jangan lupa kawasan bawah mata! Sekiranya anda mempunyai ‘mata panda’, anda mungkin perlu tambahkan krim ini dalam regimen penjagaan wajah anda.

Cari produk yang dapat memberi hidrasi dan mencerahkan lingkaran gelap bawah mata. Pada masa yang sama, anda juga boleh gunakan lip cream atau lip mask untuk manjakan kawasan bibir.

Cara pemakaiannya juga mudah, cuma sapukan sahaja krim pada bawah mata. Jumlah yang anda perlukan juga tidak banyak – cukuplah sebesar kacang pea!

Cara pakai masker wajah yang betul 3: Sapukan masker pada wajah

cara pakai masker wajah yang betul

Sementara muka masih lagi lembap, sapukan masker pilihan pada wajah anda. Mulakan dari leher dan gunakan gerakan ke atas semasa mengaplikasikan produk tersebut.

Selepas itu, anda bolehlah berus gigi dan tidur! Keesokan pagi, anda boleh basuh muka seperti biasa dan teruskan dengan rutin penjagaan wajah pada waktu siang. Jangan lupa pakai suncreen ya!

Tip: Pastikan anda basuh tangan dahulu sebelum menyapukan sebarang produk pada kulit muka. Jika boleh, gunakan spatula untuk mengelakkan sebarang kontaminasi.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Keep Your Skin Healthy. https://newsinhealth.nih.gov/2015/11/keep-your-skin-healthy. Accessed on February 14, 2023.
  2. Skin Care Basics. https://www.aad.org/public/everyday-care/skin-care-basics. Accessed on February 14, 2023.
  3. Skin care: 5 tips for healthy skin. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/in-depth/skin-care/art-20048237. Accessed on February 14, 2023.
  4. The Steps for a Basic, Everyday Skin Care Routine. https://health.clevelandclinic.org/what-products-do-i-actually-need-for-a-simple-everyday-skin-care-routine/. Accessed on February 14, 2023.
  5. Tips for Taking Care of Your Skin. https://kidshealth.org/en/teens/skin-tips.html. Accessed on February 14, 2023.

Versi Terbaru

20/04/2023

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Gel Aloe Vera Baik Untuk Kulit Wajah? Ikut 8 Tip Pakai Ini, Baru Boleh Dapat Manfaat!

Cuaca Tak Menentu Buat Kulit Kering & Mengelupas? Ini 6 Punca Sebenar Anda Patut Tahu!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 20/04/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan