backup og meta

Basuh Muka Guna Air Sejuk, Susu Atau Madu Boleh Rawat Masalah Kulit Mengelupas?

Basuh Muka Guna Air Sejuk, Susu Atau Madu Boleh Rawat Masalah Kulit Mengelupas?

Meskipun kita semua tidak mahu, namun masalah kulit mengelupas itu mungkin tetap akan berlaku dan berulang. Persoalannya, apa cara menghilangkan kulit mengelupas dengan cepat yang anda boleh cuba dalam usaha merawat dan mengelak kondisi ini?

Apa yang harus dilakukan saat kulit mengelupas

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Apa maksud, punca dan kesan masalah kulit ini?

Untuk pengetahuan anda semua, pengelupasan kulit itu merupakan masalah biasa yang mungkin boleh terjadi di setiap kulit tubuh badan termasuk muka, kepala, tangan, kaki dan lain-lain.

Masalah ini sudah tentu akan mengakibatkan kulit anda seakan terkopek, tertanggal atau bersisik sekali gus menyebabkan tahap kecantikan, keselesaan serta keyakinan diri individu terjejas.

Terdapat beberapa punca utama masalah kulit mengelupas boleh berlaku dan berulang termasuk:

cara menghilangkan kulit mengelupas dengan cepat
Gambaran kulit wajah yang menggelupas.

Kesannya, kondisi yang juga disebut sebagai skin peeling ini akan mendatangkan kesan buruk lain seperti kemerahan, kegatalan, kesakitan serta keradangan yang wajar dirujuk doktor segera.

Dalam usaha untuk mengelakkan daripada terjadinya kesan-kesan di atas, maka kita semua kena tahu cara menghilangkan kulit mengelupas dengan cepat sebelum kehidupan anda mulai terjejas.

Apa yang harus dilakukan saat kulit mengelupas?

Ini cara menghilangkan kulit mengelupas dengan cepat!

Pertama, anda perlu lihat semula segala punca serta faktor risiko di atas tadi. Jika wujud sebarang masalah yang tidak boleh diselesaikan secara sendiri, dapatkan nasihat pakar dermatologi.

Dalam masa yang sama, anda juga boleh cuba menggunakan pelbagai jenis atau produk skincare untuk kulit mengelupas di pasaran termasuk minyak, krim, losyen dan lain-lain medium.

Pun begitu, pastikan bahawa setiap jenis skincare untuk kulit mengelupas atau produk yang anda bakal gunakan itu tepat regulasi, bagus testimoni dan telah didaftarkan serta disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Anda juga boleh cuba cara menghilangkan kulit mengelupas dengan cepat secara tradisional di bawah ini:

Cara menghilangkan kulit mengelupas dengan cepat #1. Bilas dengan air sejuk

Apabila kulit mengelupas, ia juga tinggi risiko untuk meradang sekali gus mengakibatkan simptom seperti kemerahan, kegatalan serta kesakitan selain membuat kulit mudah terkena jangkitan.

Penggunaan air dengan suhu sejuk pada kulit yang mengelupas dan meradang ini merupakan cara efektif dalam usaha menghilangkan simptom-simptom lantas melancarkan proses pemulihan.

cara menghilangkan kulit mengelupas dengan cepat
Panduan untuk anda dalam menjaga kesihatan kulit.

Cara hilangkan kulit mengelupas #2. Susu

Seperti mana ramai sudah tahu, susu mengandungi asid laktik yang mempunyai kebolehan untuk membantu membuang sel kulit mati daripada permukaan kulit. Dalam masa yang sama, lemak di dalam susu juga bagus untuk memastikan kelembapan kulit anda.

Cara hilangkan kulit mengelupas #3. Madu

Madu sarat dengan sifat antioksidan yang tentu sahaja efektif untuk membantu merawat masalah kulit mengelupas dan meradang. Dalam pada itu, penggunaan madu ke atas kulit turut bagus bagi melembapkan, memelihara serta memulihara sel-sel kulit individu.

#4. Sapukan kulit mengelupas dengan aloe vera

Sejak dari zaman dahulu, gel lidah buaya atau aloe vera sudah lama digunakan ke atas kulit kerana ia dipercayai boleh membantu merawat luka, parut atau cela yang wujud di permukaan kulit.

Alasannya, gel ini tinggi dengan kandungan air sekali gus boleh berfungsi sebagai pelembap secara semula jadi pada kulit. Dengannya, masalah kulit mengelupas dan meradang mampu diselesaikan.

cara menghilangkan kulit mengelupas dengan cepat
Aloe vera sangat baik dalam melembapkan kulit.

#5. Minyak kelapa sebagai cara menghilangkan kulit mengelupas dengan cepat

Minyak kelapa biasa digunakan pada rambut tetapi tidak ramai yang tahu ia juga bagus untuk kulit meskipun ia sangat kaya dengan pelbagai jenis vitamineral penting bagi kesihatan kulit anda.

Hampir serupa dengan aloe vera, ia turut tinggi dengan kandungan air yang mampu melembapkan sekali gus menjadi antara cara efektif menghilangkan kulit mengelupas dengan cepat.

Jangan sentuh, garu atau kopek kulit mengelupas!

Antara lain yang anda perlu tahu tentang perihal pantang larang kalau ada masalah kulit ini adalah jangan sesekali menyentuh, menggaru atau mengopek sendiri kulit mengelupas.

Ini kerana ia cuma akan meningkatkan lagi risiko untuk anda terkena iritasi atau infeksi yang lebih teruk. Sebaiknya, dapatkan maklumat lebih lanjut daripada doktor terlebih dahulu.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Peeling Skin, https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/17832-peeling-skin, Accessed Dec 7 2022.
  2. Peeling skin, https://middlesexhealth.org/learning-center/symptoms/peeling-skin, Accessed Dec 7 2022.
  3. 5 Ways to Exfoliate Your Skin Without Irritation, https://health.clevelandclinic.org/5-ways-to-exfoliate-your-skin-without-irritation/, Accessed Dec 7 2022.
  4. How To Safely Exfoliate At Home, https://www.aad.org/public/everyday-care/skin-care-secrets/routine/safely-exfoliate-at-home, Accessed Dec 7 2022.
  5. Exfoliation 101: How to Safely Exfoliate Skin, https://www.reidhealth.org/blog/exfoliation-101-how-to-safely-exfoliate-skin, Accessed Dec 7 2022.

Versi Terbaru

06/05/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Jeragat Punca Tiada Keyakinan Diri? Cari Krim Yang Ada 8 Bahan Ini, Boleh Hilangkannya!

Ini 4 Alasan Kukuh Mengapa Anda Perlu Pakai Serum Muka!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan