backup og meta

Ini 6 Punca UTAMA Ekzema, Patutlah Tangan Sering Gatal-Gatal & Kemerahan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/01/2023

    Ini 6 Punca UTAMA Ekzema, Patutlah Tangan Sering Gatal-Gatal & Kemerahan!

    Bagi kebanyakan kes, punca ekzema masih tidak dapat dijelaskan. Walau bagaimanapun, kita tahu bahawa kondisi kesihatan yang berbeza, mempunyai penyebab yang berlainan.

    Berikut antara faktor dan punca ekzema yang menyebabkan kulit berisisik, kemerahan, gatal-gatal dan sebagainya.

    Faktor dan punca ekzema 

    #1. Kulit kering

    Kulit kering cenderung menjadi bersisik, kasar atau lebih tegang daripada kulit biasa. Oleh itu, ia boleh menyebabkan ekzema menjadi lebih teruk.

    #2. Tekanan

    Kajian menunjukkan bahawa tekanan emosi mempunyai kaitan dengan ekzema. Sesetengah individu dengan ekzema yang sedia ada boleh merasai simptom mereka menjadi lebih teruk apabila berada di bawah tekanan.

    Sesetengahnya mungkin menjadi tertekan kerana ekzema dan ini boleh membuatkan masalah kulit mereka makin kronik serta menjadi lebih merah.

    #3. Jangkitan

    punca ekzema

    Sesetengah bakteria atau virus biasa yang hidup dalam persekitaran seperti Staphylococcus aureus (“staph”), virus molluscum, virus herpes (lepuh, demam dan selesema) dan jenis fungus (cirit-birit atau pada kaki atlet) boleh menjangkiti kulit lalu menyebabkan ekzema.

    Ada masa kita mungkin mendapat lebih daripada satu jenis bakteria ini kerana terdapat banyak mikro-organisma kulit yang boleh mencetuskan jangkitan.

    Adalah penting untuk mengenal pasti simptom utama bagi jangkitan yang berbeza dan apakah punca kewujudannya agar masalah ekzema anda boleh dikawal.

    #4. Alergen merengsakan

    Merupakan produk kegunaan harian dan mungkin bahan semula jadi yang menyebabkan reaksi alahan sekali gus mencetuskan ekzema atau atopic dermatitis menjadi kemerahan.

    Malah, ia juga boleh menyebabkan kulit menjadi terbakar, gatal, kering dan merah.

    Bahan ini boleh dijumpai dalam pencuci pinggan, sabun pencuci baju, syampu, mandian buih dan badan, pembersih lantai dan pembasmi kuman serta tidak terkecuali dalam sesetengah barangan kosmetik yang anda gunakan. 

    Terdapat beberapa alergen yang cenderung dijumpai dalam kehidupan harian termasuk debunga bermusim, debu kutu, haiwan kesayangan seperti kucing dan anjing, fungus serta kelemumur.

    Alergen boleh menyebabkan simptom jangka masa pendek dan panjang serta boleh menghilang namun boleh juga muncul kembali. 

    Adalah penting untuk mengenal pasti alergen iaitu kerengsaan yang boleh menjadi punca ekzema supaya anda dapat menghindarinya.

    #5. Punca ekzema –  Hormon

    Pencetus Umum Ekzema

    Hormon merujuk kepada bahan yang dihasilkan oleh kelenjar badan dan ia boleh menyebabkan pelbagai jenis simptom.

    Apabila tahap hormon dalam badan anda seperti insulin meningkat atau merosot, sesetengah individu dengan ekzema terutama wanita mungkin mengalami kemerahan.

    #6. Cuaca sejuk, panas dan berpeluh

    Peluh boleh menjadi punca ekzema. Misalnya, bersenam terlalu kerap, memakai banyak lapisan pakaian ketika tidur atau perubahan mendadak dari suhu sejuk kepada panas yang boleh menyebabkan anda mengalami kegatalan. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan