backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Orang Lelaki Pun Kena Jaga Rambut, Buat 6 Petua Ini Agar Rambut Tak Mudah Gugur!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/12/2022

Orang Lelaki Pun Kena Jaga Rambut, Buat 6 Petua Ini Agar Rambut Tak Mudah Gugur!

Ada lelaki rambut panjang dan ada juga yang lebih gemar berambut pendek dan kemas. Apa pun jenis rambut lelaki yang anda gayakan, perkara yang paling penting adalah penjagaan dan gaya rambut tersebut.

Mari kita lihat, apakah komponen penting penjagaan rambut lelaki agar sentiasa tampil bergaya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Lelaki, anda boleh klik di sini.

Gaya rambut penting untuk lelaki

Penggayaan rambut bukan hanya untuk orang perempuan sahaja.

Pada zaman sekarang, penjagaan dan penggayaan rambut sudah menjadi sebahagian daripada rutin harian orang lelaki.

Sebagai contoh, ada yang mengikuti trend jenis rambut lelaki Korea dan ada juga yang mengikuti gaya terkini rambut penyapu lelaki.

Walaupun sesetengah keadaan rambut tidak dapat dikawal seperti masalah penipisan, pengurangan dan masalah botak (kerana faktor genetik), anda masih boleh menentukan tahap kesihatan rambut anda. 

Tip penjagaan jenis rambut lelaki

Ada beberapa kaedah atau langkah yang boleh anda buat untuk menjaga kesihatan rambut.

Ikuti 6 langkah di bawah ini:

#1. Basuh dan gosok rambut, kulit kepala

jenis rambut lelaki

Anda boleh kurangkan masalah pori-pori tersumbat dan pastikan kulit kepala anda sentiasa bersih dan sihat dengan mencuci rambut menggunakan syampu setiap hari.

Ini kerana, setiap hari sel kulit mati dan kotoran boleh berkumpul pada rambut anda.

Untuk menanggalkannya, gosok kulit kepala anda sekali atau dua kali seminggu menggunakan skrub pengelupasan.

#2. Urut rambut dan kulit kepala

Urut kulit kepala anda sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk merangsang pertumbuhan rambut, meningkatkan aliran darah, dan mengendurkan otot anda.

Anda boleh melakukannya sendiri dengan meletakkan jari anda di bawah rambut untuk mengelakkannya daripada ditarik.

Kemudian urut menggunakan tekanan yang kuat dengan gerakan berpusar selama tiga atau empat minit.

#3. Lap rambut sehingga kering

Rambut sangat mudah untuk tertanggal apabila ia berada dalam keadaan basah.

Anda tidak boleh mengelap jenis rambut lelaki dengan kasar dan kuat bagi mengelakkan rambut gugur.

jenis rambut lelaki

Oleh itu, ketika mengeringkan rambut, anda boleh menekap tuala pada rambut atau mengelapnya mengikut arah pertumbuhan rambut. 

#4. Elakkan haba panas

Salah satu punca utama kulit kepala kering adalah kerana anda mencuci rambut dengan menggunakan air yang terlalu panas.

Air panas mungkin terasa menenangkan pada kulit anda, tetapi ia merosakkan rambut kerana boleh menghilangkan minyak semula jadi penting yang menjadikan rambut sentiasa sihat dan berkilat.

Turunkan suhu air mandian dan basuh rambut anda dengan air suam sahaja.

#5. Potong jenis rambut lelaki

jenis rambut lelaki

Mungkin anda tidak tahu, memotong rambut juga merupakan antara langkah penjagaan rambut yang agak penting.

Pakar rambut mengesyorkan untuk memotong rambut setiap 3 hingga 6 minggu sekali. 

#6. Elakkan topi yang ketat

Memakai topi sememangnya bagus kerana ia melindungi kulit kepala dan rambut daripada bahaya sinar UV matahari.

Namun, jangan sesekali memakai topi yang kecil dan ketat.

Topi yang terlalu kecil boleh menyebabkan keadaan alopecia cengkaman; keadaan di mana rambut tercabut daripada kulit kepala.

Ini boleh menyebabkan rambut pecah dan kerosakan pada kutikula rambut.

Terdapat banyak produk penjagaan rambut yang tersedia di pasaran. Ia bergantung kepada jenis rambut dan gaya yang anda inginkan.

Ia juga sesuai digunakan untuk lelaki rambut panjang dan pendek bagi menggayakan style rambut lelaki 2022.

Produk penjagaan rambut lelaki

Antara produk-produk tersebut ialah:
  • Gel: Gel memberikan pegangan dan kilauan yang maksimum. Ia biasanya digunakan untuk mengekalkan kedudukan rambut yang telah digayakan sepanjang hari
  • Wax: Wax membantu memberikan pegangan rambut dan kilauan yang sederhana. Walaupun wax lebih sesuai digunakan untuk jenis rambut lelaki pendek atau rambut kusut, ia juga sebenarnya boleh digunakan untuk pelbagai gaya rambut lelaki yang lain
  • Krim: Krim tidak memberikan kekuatan yang kuat untuk gaya rambut anda. Bagi mereka yang berambut panjang, penggunaan krim lebih sesuai kerana ia tidak mengeraskan rambut
  • Pomade: Pomade bersifat agak versatile dan lebih sesuai digunakan pada gaya rambut yang bersikat. Ia juga lebih sesuai untuk jenis rambut yang tebal dan keriting
  • Clay: Clay digunakan bagi mengekalkan kedudukan rambut yang tidak memerlukan kilauan berlebihan. Ia juga lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai rambut keriting dan panjang

Kesimpulan

Rambut juga adalah mahkota bagi orang lelaki.

Oleh itu, anda perlu menjaga dan menggayakannya dengan baik agar sentiasa kelihatan rapi, kemas dan sihat. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/12/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan