backup og meta

Penjagaan Kulit Berminyak

Penjagaan Kulit Berminyak

Minyak dihasilkan oleh tubuh kita dengan tujuan untuk menjaga kulit yang sihat. Walau bagaimanapun, terlalu banyak minyak boleh menyebabkan beberapa masalah kulit seperti jeragat dan jerawat. Mujurlah, selalu ada penyelesaian untuk kulit berminyak. Artikel ini akan menerangkan banyak petua tentang cara menjaga kulit berminyak.

Cuci muka anda dua kali sehari

Cuci muka anda dua kali sehari, pada waktu pagi dan sebelum tidur. Membasuh muka anda terlalu kerap boleh membuat kulit anda menjadi kering menyebabkannya menghasilkan lebih banyak minyak. Cucian tambahan hanya diperlukan jika anda baru sahaja berpeluh.

Sekiranya anda mendapati diri anda mempunyai minyak yang berlebihan di antara kedua-dua waktu cucian muka, gunakan pad perubatan atau kertas menyerap minyak untuk mengelakkannya.

Gunakan pencuci muka yang sesuai

Pilih pencuci muka lembut terlebih dahulu. Dalam keadaan apabila anda lebih menykai pencuci yang lebih kuat, cari pencuci yang dirumus khas untuk kulit berminyak. Pencuci ini mungkin mengandungi benzoyl peroksida, asid salisilik, asid glikolat atau asid beta hidroksi dalam bahan-bahannya. Bahan ini adalah baik untuk bukan sahaja kulit berminyak tetapi juga kulit jerawat.

Sekiranya anda masih belum menemui pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda, teruskan mencuba untuk mencari yang sesuai. Simpan buku nota untuk menulis semua tindak balas baik dan buruk kulit anda kepada produk tersebut.

Elakkan daripada menggosok wajah anda

Apabila mencuci wajah, jangan gosok wajah anda dengan berlebihan. Tindakan ini boleh merangsang  kulit untuk menghasilkan lebih banyak minyak.

Gunakan toner dengan cara yang betul

Gunakan toner hanya di kawasan berminyak pada wajah anda. Untuk kawasan lain, toner boleh menjadikannya kering, jadi berhati-hati.

Lembapkan kulit anda

Ramai yang salah faham bahawa kulit berminyak tidak perlu dilembapkan. ini tidak benar, jika kulit berminyak dilembapkan, pengeluaran minyak boleh dikurangkan. Pastikan anda memilih produk yang sesuai. Pilih pelembap berasaskan air atau bebas minyak dan elakkan krim berat.

Jadilah bijak dalam memilih produk solekan

Sewaktu memilih barangan solekan, gel, cecair dan berasaskan serbuk adalah pilihan yang baik. Di samping itu, pilih berasaskan air, bukan berasaskan minyak. Jenis krim boleh menutup liang roma.

Lakukan penjagaan mingguan

Lakukan pengelupasan (exfoliate) kulit anda sekali seminggu untuk menghilangkan kotoran dan minyak terkumpul di liang roma. Selain itu, jangan peras atau picit jerawat.

Rancangan penjagaan yang berhati-hati dan betul akan menjadikan kulit anda cantik walaupun jenis berminyak. Di samping penjagaan kulit, diet yang baik dan rutin hidup yang sihat juga boleh membantu. Untuk pengetahuan ramai, kulit berminyak juga mempunyai manfaat. Mereka yang mempunyai kulit berminyak kelihatan muda lebih lama daripada mereka yang mempunyai kulit yang normal atau kering kerana kulit berminyak kelihatan kurang berkedut. Oleh itu, kulit berminyak dengan rancangan penjagaan yang baik boleh berubah menjadi aset.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

10 Tips for Caring for Oily Skin. http://www.healthcentral.com/skin-care/c/1443/162871/10-tips-caring-oily-skin/ Accessed January 16, 2017

Versi Terbaru

13/09/2019

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

5 Ubat Kayap Cara Kampung Anda Boleh Cuba, Ramai Tak Sangka Yang Pertama Berkesan!

Penat Asyik Garu Badan Sebab Gatal, Jangan Risau Ikut 5 Petua Berkesan Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 13/09/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan