Definisi
Apa itu kuku cekam?
Cekam ialah keadaan dimana kuku kaki tersebut tumbuh ke dalam daging lembut, yang sepatutnya tumbuh di bahagian luarnya.
Ia disebabkan oleh tekanan daripada tepi kuku yang tumbuh ke dalam kulit jari kaki. Sekali tepi kuku masuk ke dalam kulit, ia mengakibatkan radang.
Pada awalnya, ia muncul sebagai ketidakselesaan minor, dan kemudiannya menyebabkan jangkitan ke dalam kulit berhampiran (cellulitis) dan/atau menjadi masalah yang berulang.
Kondisi kuku ini kebiasaannya menyerang kuku ibu jari kaki.
Tetapi, ia juga menyerang mana-mana kuku kari dibahagian tepi atau bersebelahannya.
Apa risiko kuku cekam?
Cekam lazim berlaku dalam kalangan dewasa dan remaja tetapi kurang lazim berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan bayi.
Ia kerap berlaku dalam kalangan lelaki berbanding wanita.
Individu yang paling berisiko ialah individu pada awal dewasa antara 20-an ke 30-an.
Jika anda tidak dirawat dengan baik, cekam ini boleh menjadi jangkitan kuman atau lebih teruk lagi menjadi bengkak bernanah (abscess) yang memerlukan rawatan pembedahan.
Ia boleh ditangani dengan mengurangkan faktor-faktor risikonya.
Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen