Definisi
Apa itu kuku cekam?
Cekam ialah keadaan dimana kuku kaki tersebut tumbuh ke dalam daging lembut, yang sepatutnya tumbuh di bahagian luarnya.
Ia disebabkan oleh tekanan daripada tepi kuku yang tumbuh ke dalam kulit jari kaki. Sekali tepi kuku masuk ke dalam kulit, ia mengakibatkan radang.
Pada awalnya, ia muncul sebagai ketidakselesaan minor, dan kemudiannya menyebabkan jangkitan ke dalam kulit berhampiran (cellulitis) dan/atau menjadi masalah yang berulang.
Kondisi kuku ini kebiasaannya menyerang kuku ibu jari kaki.
Tetapi, ia juga menyerang mana-mana kuku kari dibahagian tepi atau bersebelahannya.
Apa risiko kuku cekam?
Cekam lazim berlaku dalam kalangan dewasa dan remaja tetapi kurang lazim berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan bayi.
Ia kerap berlaku dalam kalangan lelaki berbanding wanita.
Individu yang paling berisiko ialah individu pada awal dewasa antara 20-an ke 30-an.
Jika anda tidak dirawat dengan baik, cekam ini boleh menjadi jangkitan kuman atau lebih teruk lagi menjadi bengkak bernanah (abscess) yang memerlukan rawatan pembedahan.
Ia boleh ditangani dengan mengurangkan faktor-faktor risikonya.
Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom
Apa simptom kuku cekam?
Simptom yang lazim terjadi ialah:
- Sakit dan berasa pedih pada jari kaki, pada sebelah atau kedua-dua belah kuku.
- Kemerah-merahan disekeliling kuku kaki.
- Bengkak pada jari disekeliling kuku.
- Jangkitan kuman pada tisu disekeliling kuku kaki.
Sekali-sekala, cekam boleh pulih tanpa memerlukan kepada rawatan.
Terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas.
Sila berunding dengan doktor sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan simptom yang anda alami.
Bila saya harus berjumpa doktor?
Anda perlu berhubung dengan doktor sekiranya anda mengalami tanda-tanda berikut:
- Mengalami ketidakselesaan yang teruk di bahagian kaki atau muncul nanah atau kemerah-merahan yang kelihatan seperti akan merebak.
- Menghidap diabetes atau masalah lain yang menyebabkan aliran darah yang perlahan di bahagian kaki dan mengalami sebarang jangkitan atau luka pada kaki.
- Mengalami sistem imuniti yang rendah atau pengaliran darah yang kurang baik.
- Sekiranya kaedah pengubatan sampingan tidak berhasil dalam tempoh seminggu atau kesakitan berterusan.
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom seperti yang dinyatakan di atas, atau sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor anda.
Setiap individu memberi tindak balas berbeza.
Berbincang dengan doktor tentang rawatan anda adalah pilihan yang terbaik.
Punca
Apa punca kuku cekam?
- Memakai kasut atau stokin yang ketat dan menyempitkan kuku kaki anda.
- Tidak cermat ketika memotong kuku kaki: memotong kuku kaki terlalu pendek atau tidak lurus, disekeliling tepi kuku.
- Mencederakan kuku kaki, terutamanya jika berlaku berulang kali.
- Mempunyai lengkungan kuku kaki yang luar biasa.
Faktor Risiko
Apa faktor risiko kondisi kuku ini?
- Mempunyai lengkungan kuku kaki yang luar biasa atau kuku yang tebal;
- Atlet, terutamanya sukan yang berhenti dan bergerak seperti tenis, bola sepak dan bola keranjang;
- Kasut yang tidak sesuai sama ada terlalu kecil atau terlalu besar;
- Tekanan atau trauma berulang kali pada kaki;
- Tidak menjaga kebersihan kaki;
- Cara jalan yang tidak normal;
- Masalah pada kaki atau jari kaki, seperti bunion dan hammertoes
- Kecacatan kuku kaki sejak lahir;
- Jari kaki panjang;
- Obesiti;
- Diabetes;
- Jangkitan fungi pada kuku (onychomycosis);
- Radang sendi;
- Ketumbuhan tulang atau daging lembut pada kaki;
- Bengkak pada bahagian kaki (edema);
- Sejarah keluarga yang mengalami cekam
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>
Bagaimana kondisi kuku ini didiagnosis?
Diagnosis melibatkan pemeriksaan fizikal pada kuku dan kulit sekitar dan juga simptom yang dialami oleh pesakit.
Bagaimana kondisi kuku ini dirawat?
Doktor anda mungkin mencadangkan prosedur berikut:
- Mengangkat/menaikkan kuku : untuk cekam yang minimal (kemerahan dan sakit tetapi tidak bernanah), doktor anda akan mengangkat bahagian tepi cekam dengan teliti dan meletakkan kapas, flos gigi atau penganduh dibawahnya. Ia akan memisahkan kuku tersebut daripada kulit dan membantu kuku untuk tumbuh ke atas sisi kulit. Di rumah, anda mungkin perlu merendamkan kaki dan menggantikan material tersebut setiap hari
- Membuang sebahagian kuku: untuk cekam yang lebih teruk (kemerahan, sakit dan bernanah), doktor anda akan memotong atau membuang bahagian kuku yang terlibat dengan cekam. Sebelum melakukan prosedur ini, doktor anda mungkin memberi suntikan anestetik sementara untuk memberi kesan kebas pada jari kaki anda.
- Membuang kuku dan tisu: jika masalah berlaku berulang kali pada jari kaki yang sama, doktor anda akan mencadangkan untuk membuang sebahagian kuku bersama-sama tisu berhampiran (nail bed). Prosedur ini mungkin menghalang bahagian kuku anda daripada tumbuh semula. Doktor anda juga akan menggunakan bahan kimia, laser atau metod lain.
- Doktor anda juga akan menyarankan penggunaan antibiotik topikal atau secara oral, terutama jika kaki and dijangkiti kuman atau berisiko untuk mendapat jangkitan.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani kuku cekam?
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut dapat membantu anda menangani cekam:
- Rendam kaki anda ke dalam air suam. Lakukan rendaman ini selama 15 ke 20 minit untuk empat kali sehari. Merendam dapat mengurangkan bengkak dan meredakan kesakitan.
- Letakkan kapas atau flos gigi dibawah jari kuku kaki anda. Setiap kali selepas berendam, letakkan cebisan kapas atau flos gigi berlilin dibawah batas/sisi cekam. Ini dapat membantu pertumbuhan kuku ke atas bahagian tepi kuku.
- Sapukan krim antibiotik. Letakkan antibiotik jenis berminyak pada bahagian yang sakit dan balut kaki anda
- Pilih kasut yang sesuai. Pakai kasut yang terbuka atau sandal sehingga kaki anda pulih.
Ambil ubat tahan sakit pil tahan sakit over-the-counter (OTC) seperti acetaminophen (Tylenol, lain-lain), ibuprofen (Advil, Motrin IB,lain-lain) dan naproxen sodium (Aleve) dapat membantu mengurangkan kesakitan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.