backup og meta

Ruginya Tak Boleh Nak Makan Coklat Sebab Alahan! Ia Kondisi Jarang Berlaku?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/08/2021

    Ruginya Tak Boleh Nak Makan Coklat Sebab Alahan! Ia Kondisi Jarang Berlaku?

    Coklat merupakan satu makanan yang biasa dijadikan pencuci mulut dan walaupun ia dilihat sebagai makanan yang manis, namun masih terdapat individu yang mempunyai alahan coklat atau bahan masakan berasaskan coklat. 

    Adakah anda fikir anda mempunyai masalah dengan coklat? Artikel ini akan membantu anda mengenali simptom tidak boleh makan koko atau coklat!

    Simptom alahan coklat

    Alahan kepada koko dan coklat adalah 2 perkara yang berbeza.

    Jika anda alahan coklat dan memakannya, sistem imunisasi anda akan mengeluarkan bahan kimia seperti histamin ke dalam aliran darah. Bahan kimia ini boleh menjejaskan:

    • Mata
    • Hidung
    • Tekak
    • Paru-paru
    • Kulit
    • Sistem penghadaman

    Sekiranya anda mempunyai alahan kepada coklat, anda mungkin mempunyai beberapa simptom seperti di bawah selepas memakannya, atau bahkan akan mendapat simptom ini dengan hanya menyentuh secara langsung:

    • Gatal-gatal
    • Sesak nafas
    • Kejang perut
    • Bengkak bibir, lidah atau tekak
    • Muntah
    • Nafas berbunyi

    Simptom  ini adalah sebahagian daripada tindak balas alahan yang terus disebut anafilaksis. Keadaan ini boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan segera.

    Alergi boleh membawa kepada kondisi anafilaksis yang didiagnosis oleh antibodi immunoglobulin E (lgE) pada tahp tinggi.

    alahan coklat

    Sensitif kepada coklat dan alergi kepada coklat adalah 2 keadaan yang berlainan.

    Seandainya anda sensitif terhadap koko atau bahan lain seperti tyramine asid amino, anda mungkin boleh makan sedikit coklat tanpa sebarang masalah.

    Tetapi jika dimakan dalam jumlah yang banyak, coklat boleh mencetuskan reaksi dalam saluran pencernaan atau bahagian lain dalam badan anda.

    Individu yang sensitif kepada coklat boleh mengalami simptom seperti:

    • Jerawat
    • Kembung perut
    • Sembelit
    • Sakit kepala atau migrain
    • Ruam kulit
    • Sakit perut

    Malahan kafein yang terkandung dalam coklat juga mempunyai simptom yang tersendiri, termasuk:

    • Menggigil
    • Masalah tidur
    • Denyutan jantung tidak sekata atau cepat
    • Tekanan darah tinggi
    • Sakit kepala
    • Pening

    Punca

    Anda lebih cenderung mempunyai reaksi alahan coklat jika anda alah kepadanya atau bahan asasnya, koko.

    Tetapi bahan-bahan lain yang terdapat dalam coklat, seperti susu, gandum, dan kacang juga boleh menyebabkan alahan.

    Risiko

    Sesetengah individu bertindak balas terhadap coklat itu sendiri. Sebagai contoh, coklat mengandungi kafein dan ia boleh menyebabkan kegelisahan, sakit kepala, dan simptom lain.

    Ada juga individu yang alahan atau sensitif terhadap bahan-bahan yang terdapat di dalam coklat seperti:

    Ia mungkin agak mengelirukan, tetapi coklat juga boleh menjadi masalah kepada mereka yang mempunyai alahan kepada nikel.

    Coklat gelap dan susu, serbuk koko, dan banyak kekacang yang terdapat di dalam coklat mempunyai kandungan tinggi logam nikel ini.

    alahan coklat

    Produk dengan coklat harus dielak

    Jika anda mempunyai alahan kepada coklat atau bahan-bahan dalam produk coklat seperti kacang atau susu, anda perlu mengawasi dan mengetahui apa di dalam makanan anda.

    Sekiranya berada di restoran, minta makanan dan pencuci mulut anda disediakan tanpa coklat.

    Dan apabila ke pasar raya, pastikan anda membaca label kandungan untuk memastikan produk yang anda beli tidak mengandungi coklat atau koko.

    Selain pencuci mulut atau bar coklat, coklat boleh tersembunyi di makanan yang tidak mungkin anda sangka.

    Koko digunakan untuk membuat minuman ringan tertentu, kopi berperisa, dan juga minuman alkohol.

    Nasihat dan bantuan

    Jika anda mengesyaki anda mungkin sensitif atau alahan coklat, sila berjumpa pakar atau doktor.

    Bergantung kepada tahan alahan dan tindak balas anda terhadap coklat, doktor mungkin akan menasihati anda untuk mengelakkan dari memakan coklat atau anda mungkin hanya perlu menghadkan coklat dalam diet anda.

    Sekiranya anda mempunyai alahan yang teruk, bawa epinephrine auto-injector, ke mana sahaja anda pergi.

    Peranti ini akan memberikan dos epinefrin hormon untuk menghentikan tindak balas dan membantu melegakan simptom seperti sesak nafas dan bengkak muka.

    alahan coklat

    Untuk pengetahuan anda, alahan coklat adalah sangat jarang berlaku.

    Jika anda mempunyai tindak balas apabila makan coklat, anda mungkin bertindak balas terhadap sesuatu yang lain malah anda juga mungkin sensitif dan bukan alergi.

    Sila dapatkan nasihat dan pandangan doktor tentang simptom anda dan ika anda terus mengalami ketidakselesaan ketika makan coklat, dapatkan alternatif.

    Ramai kanak-kanak dapat mengatasi alahan terhadap makanan seperti susu dan telur apabila mereka meningkat dewasa.

    Tetapi situasi ini sukar berlaku jika anda didiagnosis dengan alahan ketika anda sudah dewasa.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/08/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan